Zuraida nafi ingin kembali ke Bersatu, minta Wan Fayhsal ‘jaga mulut’ FMTNews FMTBerita
Zuraida Kamaruddin meminta Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ‘menjaga mulut’.
PETALING JAYA: Zuraida Kamaruddin menafikan ingin kembali menyertai Bersatu dan meminta Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal “menjaga mulut”. Ia selepas ketua Pemuda Bersatu berkata, bekas Ahli Parlimen Ampang yang meninggalkan parti itu pada Mei tahun lalu memohon untuk menyertai semula selepas PRU15. Zuraida memaklumkan, apa yang dikatakan Wan Fayhsal tidak benar kerana dia hanya menyebut akan menyokong Perikatan Nasional pada PRN akan datang.“Saya sokong parti berbilang kaum. Budak ini baik jaga mulutnya,” katanya menurut Malaysiakini.Terdahulu FMT melaporkan Wan Fayhsal berkata, permohonan Zuraida bagaimanapun ditolak kerana beliau tidak melepaskan jawatan menteri yang diisi atas kuota Bersatu selepas keluar parti.
“ Dihantar awal tahun tak silap saya,” katanya dan menambah keputusan menolak permohonan Zuraida itu sebulat suara.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Zuraida applied to rejoin Bersatu but was rejected, says Youth chief Wan FayhsalKUALA LUMPUR, April 5 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia has today revealed that Datuk Zuraida Kamaruddin had applied to rejoin the party, after her failed attempt to take over the...
Read more »
[Watch] Wan Fayhsal's Claim Of Man Selling Kidney Debunked | TRPMachang MP Wan Fayhsal brought up the kidney-selling story to illustrate the need for the public to withdraw their EPF money.
Read more »