SPR menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang berhubung kekosongan luar jangka kerusi berkenaan
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai, Pahang.
Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berhubung kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu. “Selaras dengan Bab IV Perkara 26 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang memperuntukkan kekosongan luar jangka kerusi N.36 itu perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikmalrudin berkata, Mesyuarat Khas PRK itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berhubung tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih yang akan digunakan.“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut,” katanya. – UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Notis kekosongan DUN Pelangai diserah kepada SPRNotis kekosongan DUN Pelangai diserah kepada SPR
Read more »
Speaker Pahang serah notis kekosongan DUN Pelangai kepada SPRKerusi DUN Pelangai kosong berikutan kematian penyandangnya, Johari Harun, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, minggu lepas.
Read more »
Pelangai assemblyman Johari Harun to be laid to rest todayPETALING JAYA: The remains of Pelangai assemblyman Datuk Seri Johari Harun will be laid to rest at Raudhatul Sakinah Muslim Cemetery in Batu Caves, Kuala Lumpur.
Read more »
Elmina crash: Late Pelangai assemblyman laid to rest in GombakGOMBAK: The body of Pelangai assemblyman and Pahang exco member Datuk Seri Johari Harun has been buried.
Read more »
Notice of vacancy for Pelangai state seat submitted to EC, says Pahang SpeakerKUANTAN: A notice of vacancy in the Pahang state assembly has been submitted to the Election Commission (EC) following the death of Pelangai assemblyman Datuk Seri Johari Harun.
Read more »
Notice of vacancy for Pelangai state seat submitted to ECPelangai assemblyman Johari Harun was among the 10 victims of the plane crash at Bandar Elmina in Shah Alam on Thursday.
Read more »