Pengembara dari China perlu lengkap vaksinasi sebelum ke Sabah, kata menteri | The Malaysian Insight

Philippines News News

Pengembara dari China perlu lengkap vaksinasi sebelum ke Sabah, kata menteri | The Malaysian Insight
Philippines Latest News,Philippines Headlines
  • 📰 msianinsight
  • ⏱ Reading Time:
  • 51 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 63%

Pengembara dari China perlu lengkap vaksinasi sebelum ke Sabah, kata menteri

Pengembara dari China perlu menunjukkan ujian Covid-19 dengan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas ke Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Januari 2023.

KERAJAAN negeri Sabah hari ini menetapkan pengembara yang berlepas dari China perlu lengkap vaksinasi Covid-19 mengikut kriteria negara asal masing-masing sebelum memasuki negeri ini, berkuat kuasa 8 Januari. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata pengembara berkenaan juga perlu menunjukkan ujian Covid-19 dengan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas.

“Perkara itu diputuskan Jemaah Menteri Negeri Sabah yang bermesyuarat hari ini,” kata jurucakap Covid-19 kerajaan Sabah itu menerusi kenyataan malam ini. Masidi berkata kerajaan negeri juga menetapkan semua pengembara dari luar negara yang tiba di Sabah dikehendaki menjalani saringan suhu dan pengembara dikesan mempunyai simptom demam akan menjalani pemeriksaan lanjut.Sementara itu beliau berkata sebanyak 12 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini manakala 138 pesakit masih menerima rawatan dengan 10 daripadanya memerlukan penjagaan kritikal dan 23 pesakit pulih. – Bernama, 4 Januari 2023.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

msianinsight /  🏆 8. in MY

Philippines Latest News, Philippines Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kabinet putuskan SOP pengembara China esokKabinet putuskan SOP pengembara China esokSebarang keputusan sama ada membenarkan atau tidak kemasukan pengembara dari China ke negara ini hanya diputuskan Kabinet esok.
Read more »

Covid-19: Sabah to decide on SOPs for arrivals from China on Jan 4Covid-19: Sabah to decide on SOPs for arrivals from China on Jan 4KOTA KINABALU: The Sabah Cabinet will make a decision on Wednesday (Jan 4) on Covid-19 standard operating procedures (SOPs) for people arriving from China.
Read more »

Sabah Mulls Over Mandatory COVID-19 Testing For Visitors From ChinaSabah Mulls Over Mandatory COVID-19 Testing For Visitors From ChinaChina's decision to finally open up its borders on 8 January amidst a surging wave of COVID-19 cases in the
Read more »

SOP kemasukan pelancong China ke Sabah diputuskan esokSOP kemasukan pelancong China ke Sabah diputuskan esokDemikian kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai prosedur yang akan dikenakan terhadap pelancong China yang dijangka akan masuk ke negeri ini.
Read more »

New SOP for travellers from China entering Sabah to be effective Jan 8New SOP for travellers from China entering Sabah to be effective Jan 8KOTA KINABALU: Sabah government on Wednesday (Dec 4) announces new Covid-19 standard operating procedure (SOP) for travellers from China visiting Sabah which will take effect this Sunday (Dec 8).
Read more »

Kabinet akan putuskan isu berkaitan pengembara luar negara, kata menteri | The Malaysian InsightKabinet akan putuskan isu berkaitan pengembara luar negara, kata menteri | The Malaysian InsightDr Zaliha Mustafa berkata keputusan itu perlu dibuat secara bersama dengan mengambil input daripada pelbagai kementerian.
Read more »



Render Time: 2025-04-24 14:26:36