Bersatu juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan perintah pembekuan yang dikeluarkan ke atas parti itu mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Bersatu turut memohon kebenaran mencabar keputusan dan larangan perjalanan oleh Jabatan Imigresen terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Shamsul berkata, jika amalan itu boleh dicabar menerusi semakan kehakiman, ia dikhuatiri akan membuka ruang pertikaian bagi setiap pelaksanaan siasatan yang boleh menjurus kepada gangguan ketenteraman awam. Sehubungan itu, Shamsul menghujahkan kebenaran semakan kehakiman jika diberikan akan menyebabkan campur tangan mahkamah sivil terhadap bidang kuasa mahkamah jenayah.
Hujah beliau, responden-responden melakukan beberapa salah laku dari segi prosedur yang mewajarkan mahkamah mendengar merit permohonan semakan yang dikemukakan oleh pemohon-pemohon. Menurut beliau, siasatan SPRM dilakukan semata-mata sebagai asas untuk mengeluarkan perintah pembekuan akaun terhadap Bersatu dan larangan perjalanan terhadap Muhyiddin tanpa disertai asas yang kukuh.Pada 8 Mac lalu, Datuk Muhammad Suhaimi Yahya dan Muhyiddin bagi pihak parti berkenaan memfailkan semakan kehakiman itu melalui Tetuan Chetan Jethwani & Co.
Pemohon mendakwa, Muhyiddin turut dikenakan larangan perjalanan oleh responden keempat untuk mencemar nama baik dan seolah-olah beliau melakukan kesalahan dan akan melarikan diri.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
RM200,000 ‘lesap’ dikeluar pihak tak dikenali, peguam saman bankManjeet Singh Dhillon menuntut pemulangan RM200,000 daripada HSBC Bank Malaysia Bhd bersama ganti rugi melibatkan ‘transaksi penipuan’ dalam tempoh 20 minit, tahun lalu.
Read more »
Muzik video melampau, Aliff Syukri serah peguamMuzik video melampau, Aliff Syukri serah peguam
Read more »
Zuraida applied to rejoin Bersatu but was rejected, says Youth chief Wan FayhsalKUALA LUMPUR, April 5 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia has today revealed that Datuk Zuraida Kamaruddin had applied to rejoin the party, after her failed attempt to take over the...
Read more »
Zuraida nafi ingin kembali ke Bersatu, minta Wan Fayhsal ‘jaga mulut’Bekas Ahli Parlimen Ampang memaklumkan apa dikatakan ketua Pemuda Bersatu tidak benar kerana dia hanya menyebut akan menyokong PN pada PRN.
Read more »