PARIT BUNTAR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof semalam kembali ke sekolah lamanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit ...
: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof semalam kembali ke sekolah lamanya, Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang di sini untuk lawatan tidak rasmi, kunjungan pertama beliau sejak dilantik ke jawatan itu pada awal Disember tahun lepas.
Berkongsi detik itu di laman Facebook, Fadillah berkata beliau memulakan pendidikan menengahnya di SMK Panglima Bukit Gantang dari tingkatan satu pada 1975 hingga tingkatan enam sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. “Tempat jatuh lagi dikenang. Ini kan pula tempat saya menimba ilmu pengetahuan. Jasa, tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan oleh bekas guru-guru saya di sekolah ini hanya Allah SWT jua yang dapat membalasnya,” tulis beliau.
Fadillah, yang turut mengadakan perjumpaan bersama guru dan pelajar SMK Panglima Bukit Gantang, berkata beliau telah meluluskan permohonan beberapa projek penambahbaikan kemudahan untuk sekolah itu termasuk padang, surau, dewan makan dan asrama. “Saya mendoakan kesejahteraan buat semua dan semoga SMK Panglima Bukit Gantang terus cemerlang dan maju jaya,“ katanya yang turut memuat naik beberapa keping gambar berkaitan kunjungan itu. -
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
TPM Fadillah, Ahmad Zahid zahir takziah nahas ElminaKedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan ucapan takziah kepada
Read more »
Kimanis folks will be consulted over relocation of Kota Kinabalu International Airport: YusofKota Kinabalu: Kimanis folks will be consulted before the proposed Kota Kinabalu International Airport (KKIA) relocation, assured Qhazanah Sabah Berhad Chairman Datuk Dr Yusof Yacob.
Read more »
Polis minta individu rakam detik nahas tampil bantu siasatanPengguna jalan raya yang merakam detik sebelum nahas pesawat terhempas yang mengorbankan 10 mangsa di Elmina, Seksyen U16 di sini, semalam
Read more »
Pesawat ringan tergelincir semasa latihanMELAKA: Seorang pelatih yang sedang menjalani latihan penerbangan berdepan detik cemas, apabila pesawat ringan yang dipandunya hilang kawalan semasa m...
Read more »
TPM Fadillah, Ahmad Zahid zahir takziah nahas ElminaKedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan ucapan takziah kepada
Read more »
‘Dr Rakyat’ model PH berdaya saing di Kelantan, kata KJKemenangan Dr Hafidzah Mustakim di Kota Lama adalah kemenangan pertama PH dalam pilihan raya DUN Kelantan.
Read more »