LIPIS: Seorang warga emas berusia 75 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 22, Jalan Persekutuan Jalan Lipis-Merapoh dekat sini.
Dalam kejadian pada pukul 7.10 malam semalam, mangsa, Andi Aziz Berlian yang beralamat di Kampung Padang Lebak, Jalan Pagar Sasak, Padang Tengku disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di Wad Kecemasan, Hospital Lipis .
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati mangsa ketika melintas jalan kemudiannya telah dilanggar oleh sebuah kereta Toyota Hilux Pick-Up berwarna hitam yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun. “Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu Toyota Hilux bersama empat orang penumpang dalam perjalanan dari Padang Tengku menghala ke Merapoh tiba-tiba melihat mangsa telah melintas jalan dari arah kiri jalan ke kanan dalam keadaan berlari.
“Pemandu berkenaan telah cuba menghentikan kenderaannya, bagaimanpun tidak dapat mengelak lalu merempuh mangsa,” katanya di Ibu pejabat Polis Daerah di sini hari ini.“Pada pukul 8.35 malam semalam, polis telah menerima makluman daripada petugas perubatan menyatakan mangsa telah meninggal dunia di Unit Kecemasan, Hospital Lipis,” katanya.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian mangsa semasa melintas jalan dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN
Road Accident Lipis Elderly Man Death
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
3-year-old Zeehyn charms his way into Malaysia Book of RecordsCharles Subramaniam and Mitra Rajadurai’s adorable young son is able to identify, from memory, 100 nations’ flags and their respective currencies.
Read more »
Local teacher confesses to finding her 17-year-old student ‘handsome’TEACHERS are often seen as secondary to parents, primarily because they serve as a springboard for our kids’ successful futures. However, what occurs ...
Read more »
2-year-old girl dies after being left in car for 8 hoursThe mother is believed to have forgotten to drop her off at a child care centre, say police.
Read more »
Two-year-old dies after being left in a vehicle for 8 hours in Ara DamansaraPETALING JAYA: A toddler has died after being left in a vehicle for eight hours in Ara Damansara. The two-year-old child’s mother had reportedly forgo...
Read more »
2-year-old girl dies after being left in car for 8 hours in SelangorPETALING JAYA: The police are investigating an incident involving a two-year-old girl who died after she was left in a vehicle for eight hours in Ara Damansara.
Read more »
40-year-old man crushed to death by industrial robotSouth Korea: According to a Yonhap news agency report on Wednesday, a man in South Korea was crushed to death by a robot that was handling produce box...
Read more »