Zaki Yamani mohon maaf kepada Abdul Hadi BERITA NASIONAL TERKINI
PETALING JAYA: terhadap ketelanjuran mengeluarkan ciapan biadap mengenai kesihatan Presiden Pas itu.
Menurut individu itu, beliau berbuat demikian setelah mengambil kira teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pandangan rakan-rakannya. “Mengambil perhatian ciapan YAB PM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang menulis ciapan biadab mengenai keadaan kesihatan Abdul Hadi yang kini sedang dirawat di hospital.Zaki Yamani terdahulu menulis satu ciapan biadab terhadap kesihatan Abdul Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebooknya.
“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya. -UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Zaki Yamani mohon maaf kepada Hadi | The Malaysian InsightDalam Twitternya, beliau cetus kontroversi apabila mendoakan Allah mengambil segera nyawa Hadi dan Dr Mahathir.
Read more »
Shamsul distances himself, PM’s Office from rude tweet | The Malaysian InsightHe urges Ahmad Zaki Yamani to apologise for his offensive comments.
Read more »
Ill-wisher apologises to Hadi’s family | The Malaysian InsightZaki Yamani says sorry for his offensive tweet.
Read more »
Apologise immediately, PM tells social media user over rude tweetPETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim regrets the action of social media user Zaki Yamani, who posted a tweet regarding the health of PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Read more »