Kejadian berlaku di Kilometer 15.1 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah Selatan dekat Kampung Batang Benar, Seremban.
SEREMBAN: Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaikinya bersama lima ahli keluarganya lain terlibat dalam nahas empat buah kenderaan termasuk dua buah lori di Kilometer 15.1 Lebuhraya Kajang-Seremban arah Selatan dekat Kampung Batang Benar di sini petang tadi.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai, Noor Atika Zainal, 30, beralamat di Felda Temangau 4, Kemayan, Pahang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Penolong Penguasa Bomba, Priscilla Carol Thomas berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.21 petang tadi melibatkan nahas empat jenis kenderaan iaitu sebuah Toyota Wish, sebuah Perodua Myvi, sebuah lori treler dan sebuah lori pasir 10 tan.
“Terdapat enam orang mangsa yang berada di dalam kereta Toyota Wish termasuk seorang yang meninggal dunia. Lima yang lain termasuk seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak berusia enam hingga sembilan tahun, semuanya mengalami kecederaan parah. “Mayat mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban,” katanya ketika dihubungi.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis Johor buru 20 individu merusuh di premis pengurusan mayat | The Malaysian InsightSehari sebelum kejadian seorang lelaki berusia 30an yang mempunyai beberapa rekod jenayah ditembak menggunakan senjata api.
Read more »
Tidak lantik wanita, syarikat kena penaltiGLIC dan GLC juga perlu memainkan peranan untuk bekerjasama dengan NGO bagi mengenal pasti wanita berkelayakan untuk dilantik sebagai lembaga pengarah.
Read more »
48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara | The Malaysian InsightSejumlah RM6 juta diperuntukkan bagi pemberian subsidi ujian mamogram dalam Belanjawan 2023.
Read more »
Dua maut, lima cedera dalam kemalanganKemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Raya Senai Desaru menyaksikan dua wanita maut dan lima cedera.
Read more »
Datuk bandar wanita pertama di P Pinang meninggal duniaPatahiyah Ismail dilantik ke jawatan itu pada 2015, selepas Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandaraya.
Read more »