Wanita ditahan, disyaki guna jawatan untuk dapat tuntutan lebih RM200,000
SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan telah menahan seorang penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki menggunakan jawatan untuk mendapatkan wang tuntutan berjumlah lebih RM200,000.
Menurut sumber SPRM, suspek seorang wanita berusia 30-an itu ditahan kira-kira pukul 1 petang tadi ketika hadir di pejabat SPRM Negeri Sembilan untuk memberi keterangan. “Suspek disyaki menyalahgunakan jawatannya pada tahun 2020 hingga 2023 dalam mengadili kes tuntutan kewangan di mana wang tuntutan tersebut diterima sebagai suapan bagi dirinya sendiri,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan permohonan reman esok pagi.-UTUSAN.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ema Fazuana juara pertandingan nyanyian ‘Dare To Sing’ yang menawarkan hadiah RM100,000PERTANDINGAN nyanyian Dare To Sing kembali menggegarkan negara ini dengan menawarkan hadiah RM10,000 untuk pemenang
Read more »
Sleek thief snatches RM70,000 from a moving motorcycle in Kota BharuThe incident occurred when the victim in his 60’s was riding a motorcycle to the bank to deposit his sales collection at about 10.45 am theSun theSundaily theft crime police investigation Malaysianews
Read more »
Neta V: EV termurah Malaysia kini lebih murah sebanyak RM20,000Tentu sekali EV ini berasa tentangan superhebat daripada BYD Dolphin yang berharga RM99,900.
Read more »
Rout for Muda in state elections with nearly RM100,000 lost in depositsKUALA LUMPUR, Aug 15 — All 19 of Malaysian United Democratic Alliance's (Muda) candidates fielded in the recent state elections have lost their deposits after having failed...
Read more »