Undi calon DAP kerana wakili kerajaan perpaduan, ahli Umno diberitahu FMTNews FMTBerita
Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata calon DAP yang bertanding dalam PRN nanti tidak mewakili parti tetapi kerajaan perpaduan.
SHAH ALAM: Ahli Umno perlu melihat calon DAP dalam pilihan raya negeri akan datang sebagai mewakili kerajaan perpaduan, bukan parti itu sendiri, kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan. “Memanglah undi itu rahsia tetapi gesaan saya ialah bukan atas nama parti atau DAP tetapi atas nama kerajaan perpaduan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Loji Kabel XLPE Federal Power Sdn Bhd di Seksyen 15.
Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Pontian, juga mengingatkan ahli Umno untuk mematuhi arahan parti dan mengenepikan sentimen pada diri masing-masing demi kestabilan. Umno dan DAP, yang dulunya seteru tradisi, kini sama-sama menjadi sebahagian daripada kerajaan yang terdiri daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan dua gabungan parti pemerintah di Malaysia Timur – Gabungan Rakyat Sabah dan Gabungan Parti Sarawak.Ahmad ditanya samada ahli Umno bersedia untuk mengundi calon DAP dalam pilihan raya negeri akan datang di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, dan Kedah.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PAS terbukti cari peluang tumpang rumah orang lain, kata PuadAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata, PAS boleh ‘bercerai’ dengan sekutunya pada bila-bila masa seperti dilakukannya terhadap Umno dan DAP.
Read more »
KJ mungkin terima tawaran PN, jika jadi calon MB Selangor, kata pemimpin UmnoLokman Adam berkata, bekas menteri kesihatan itu mungkin menerima tawaran Muhyiddin Yassin jika tidak sabar.
Read more »
Muhyiddin sengaja kaitkan DAP dalam isu ‘Allah’, kata Loke | The Malaysian InsightSetiausaha agung DAP itu berkata Kabinet PH pada 2019 yang mencadangkan perkara itu diselesaikan di luar mahkamah.
Read more »