PETALING JAYA: UDA Holdings Berhad (UDA) menyalurkan sumbangan wang zakat wakalah berjumlah RM31,500 kepada anak asnaf dan anak yatim sempena Majlis Berbuka Puasa UDA di Angsana Johor Bahru Mall, baru-baru ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr Mohd. Salem Kailany berkata, wang zakat menerusi program tanggungjawab sosial korporat UDA Cares tersebut disalurkan kepada 90 anak asnaf dan anak yatim daripada Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh.
“Inisiatif UDA Cares ini juga merupakan tanda penghargaan dan terima kasih UDA kepada semua pihak yang sentiasa mempercayai dan menyokong UDA sehingga lima dekad lamanya. Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Aset Kumpulan UDA, Azrudyn Rashid yang mewakili Mohd. Salem telah menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan tersebut.
Jelasnya, anak-anak tersebut turut berpeluang membeli baju raya serta persiapan menjelang lebaran di Angsana Johor Bahru Mall yang merupakan salah sebuah kompleks beli-belah di bawah seliaan UDA.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Traffic cop injured in suspected hit-and-run in Petaling JayaPETALING JAYA: A policeman was injured in a suspected hit-and-run here.
Read more »
FB user arrested over racially provocative postPETALING JAYA: Police have arrested a man after he uploaded a racially provocative post.
Read more »
Hannah will handle Zii Jia’s case with patiencePETALING JAYA: Compassion and support is the way to go.
Read more »
JPJ saman pemandu guna telefon bimbitKetua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, pemandu terbabit dikenakan notis JPJ P22 atas kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Read more »