Tiga kru hilang, kapal tangki terbakar di perairan Tanjung Sedili
KOTA TINGGI: Sebuah kapal tangki yang berdaftar dari Gabon, Afrika dilaporkan terbakar di kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerusi Maritime Rescue Sub Centre Johor Bahru menerima makluman kejadian itu pada 4 petang tadi. “Kapal tangki yang berdaftar dari Gabon, Afrika dilaporkan dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura bersama 28 kru kapal.
“Susulan itu, operasi carilamat diaktifkan pada pukul 4 petang dan sebuah bot ronda Maritim Malaysia Petir 12 telah diatur gerak ke lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan dua kru kapal tangki tersebut. “Seramai 23 kru turut berjaya diselamatkan oleh dua buah kapal berhampiran lokasi kejadian, manakala baki tiga lagi kru kapal dilaporkan masih hilang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Gabon-registered ship catches fire, three crew members missing off Kota TinggiKOTA TINGGI: Three crew members of a Gabon-registered vessel went missing after their ship was engulfed in flames near Tanjung Sedili here.
Read more »
IPD Lipis santuni 36 ketua keluarga Tanjung BuluhIBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis menyantuni seramai 36 orang ketua keluarga dengan menyampaikan sumbangan Aidilfitri sempena Program Komuniti Kepolisan Hari Bertemu Pelanggan Ketua Polis Daerah Lipis di Kampung Tanjung Buluh, Lipis.
Read more »
Sekolah dibenar tutup jika suhu 37 darjah Celsius tiga hari berturut-turutInstitusi pendidikan di bawah KPM termasuk sekolah dibenarkan tutup jika kawasan mereka diisytiharkan 'heatwave' oleh METMalaysia.
Read more »
Tiga maut dalam nahas dua buah kenderaanKedua-dua buah kereta masing-masing dinaiki sekeluarga dari Kemayan dan Jengka, Pahang.
Read more »