Tiba masa realisasikan konsep bangsa Malaysia.
SEJAK Pilihan Raya Umum Ke-15 isu perkauman sering dimain-mainkan oleh ahli politik dan sesetengah rakyat sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan rakyat. Keadaan ini secara langsung atau tidak langsung menjejaskan hubungan antara kaum.
Tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya ingin merealisasikan konsep bangsa Malaysia, rakyat haruslah saling menghormati antara satu sama lain, toleransi mahu pun beradab ketika mengkritik. Ini kerana sekiranya ingin melakukan kritikan, maka kita haruslah mempunyai niat yang positif, iaitu untuk mengubah sesuatu yang kurang kepada lebih sempurna.
Di samping itu, keadilan dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial dan ekonomi harus dititikberatkan untuk merealisasikan konsep bangsa Malaysia memandangkan ketidakadilan yang berlaku dalam pelbagai bidang akan mengungkit perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Sebagai contoh, amalan mengambil pekerja sesama bangsa oleh majikan perlu dielakkan kerana setiap rakyat berhak mendapatkan kerjaya sekiranya memenuhi kriteria yang diperlukan.
Begitu juga isu bahasa kebangsaan harus ditekankan lagi melalui pihak sekolah dan di rumah. Kita perlu ingat, bahasa Melayu merupakan inti yang penting dalam pembentukan bangsa Malaysia kerana merupakan bahasa pengantar yang indah antara pelbagai kaum. Sementara itu, media boleh berperanan dengan menyebarkan iklan yang berunsur perpaduan. Dengan adanya penyebaran iklan berunsur perpaduan seperti menyiarkan perayaan sesebuah bangsa akan membuat rakyat rasa dihargai dan dihormati. Bahkan kita juga boleh belajar serta saling mengenali budaya masing-masing.-UTUSANUniversiti Pendidikan Sultan Idris
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dilema minoriti kecil Bengali di MalaysiaSaya rasa sedih dan kecewa kerana kaum India sendiri tidak tahu bahawa pakaian tradisional wanita Bengali memang sari tetapi bahasa ibunda kami bukannya Tamil.
Read more »
Travel: 8 Glamping Sites You Must Visit In MalaysiaMalaysia has an extensive array of beautiful glamping spots, which is why we have created a list with some of the best destinations for your next vacation.
Read more »
Pendirian Malaysia berhubung isu Laut China Selatan masih kekalKerajaan malahan sentiasa tegas dan komited mempertahankan kedaulatan, hak dan kepentingan negara dalam kawasan maritimnya selaras Peta Baharu Malaysia 1979.
Read more »
Maritim Malaysia aktifkan Op Khas Pagar Laut | The Malaysian InsightIa bagi membanteras aktiviti rentas sempadan pada musim perayaan Aidilfitri.
Read more »
Foreign Ministry: Malaysia committed to protect its maritime areas in South China SeaKUALA LUMPUR, April 8 — The Malaysian government is firmly committed to protecting the country’s sovereignty, sovereign rights and interests in its maritime areas in the...
Read more »
Peserta Malaysia berjaya Musabaqah Menghafaz Al-QuranMuhammad Asyraf mendapat tempat pertama dalam kategori hafazan 10 juzuk, Afifa Syakirah mendapat tempat ketiga kategori hafazan 30 juzuk.
Read more »