Tiada nama calon dihantar oleh Pas peringkat Kawasan menyebabkan lima jawatan tertinggi dalam parti itu tidak dipertandingkan pada Muktamar Tahunan ke-69 yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, ini bermakna lima jawatan itu ialah presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden bukannya tidak boleh dipertandingkan tetapi tiada nama calon yang dikemukakan untuk bertanding bagi semua jawatan tersebut.
“Perkara ini perlu diperjelaskan supaya tidak ada mana-mana pihak memanipulasi kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini untuk dipolitikkan,” katanya kepada pemberita pada perasmian Karnival Bola D’Bendang di Parit Haji Taib 2 di sini hari ini. “Awalnya ada Pas Kawasan yang mencalonkan Datuk Seri Muhammad Sanusi untuk bertanding satu daripada lima jawatan tertinggi itu.
“Pas berbeza dengan parti politik yang lain yang mungkin berebut-rebut untuk menjadi calon untuk duduk dalam hierarki tertinggi parti namun ahli Pas bukan bersifat begitu.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PAS Muktamar: 'Top 5' retain posts without contestKUALA LUMPUR: The top five leaders of PAS will be returned unopposed at the party’s 69th Annual Muktamar from Oct 20 to 22, said PAS secretary-general...
Read more »
Tiada pertandingan ‘top 5’, PAS tak sedia terajui negara, kata penganalisisAwang Azman Awang Pawi berkata PAS dilihat tidak bersedia membina kepimpinan pelapis.
Read more »
Hadi kekal presiden, 4 jawatan tertinggi PAS tak ditanding, kata TakiyuddinSetiausaha agung PAS berkata pemilihan hanya bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Read more »
Pas tidak halang tanding jawatan PresidenARAU: Pas tidak menghalang ahlinya bertanding termasuk dua jawatan tertinggi parti itu dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69 yang dijadual pada 20 hingga 22 Oktober ini.
Read more »
Maybank: Tiada caj dikenakan ke atas peniaga DuitNow QR pada masa iniKUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini a...
Read more »