Tekong darat, enam PATI cedera kemalangan

Philippines News News

Tekong darat, enam PATI cedera kemalangan
Philippines Latest News,Philippines Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 55 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 25%
  • Publisher: 51%

Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, semasa menjalankan rondaan, anggota bertugas melihat sebuah kereta jenis Volkswagen Jetta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun terbabas di tepi…

Kemalangan itu disedari sepasukan pegawai bersama anggota Balai Polis Rantau Panjang dan Balai Polis Lubok Stol di sini kira-kira pukul 7 malam semasa mereka menjalankan rondaan Ops Tapis di kawasan berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, semasa menjalankan rondaan, anggota bertugas melihat sebuah kereta jenis Volkswagen Jetta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun terbabas di tepi jalan. Menurutnya, pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemui enam PATI Bangladesh masing-masing berusia dalam lingkungan 23 hingga 52 tahun.“Dua daripada enam PATI itu yang mengalami kecederaan masing-masing dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Aminuddin memberitahu, pemandu dan empat lagi PATI yang hanya mengalami cedera ringan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Katanya, lelaki warga tempatan itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 atau SOSMA manakala enam orang PATI mengikut Akta Imigresen 1959/63.“Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran dan Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.-UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Philippines Latest News, Philippines Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

653 PATI warga Filipina diusir keluar dari Sabah653 PATI warga Filipina diusir keluar dari SabahPengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, kesemua PATI yang berusia di bawah 23 bulan hingga 68 tahun itu adalah tahanan dari tiga Depoh Imigresen iaitu Kota Kinabalu, Papar dan Tawau.
Read more »

Harap Kerajaan Persekutuan salur peruntukan baiki jalan rosak dan berlubang di Johor - Sultan Ibrahim - paultan.orgHarap Kerajaan Persekutuan salur peruntukan baiki jalan rosak dan berlubang di Johor - Sultan Ibrahim - paultan.orgSultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berharap agar Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan untuk membaiki jalan yang rosak teruk dan berlubang di Lebuhraya Pasir Gudang dan Jalan Johor Bahru-Mersing, laporan Harian Metro. “Saya berharap supaya peruntukan pembaikan …
Read more »



Render Time: 2025-04-20 00:43:17