Taliban larang salun kecantikan beroperasi di Afghanistan AsiaBarat LUARNEGARA TERKINI
Ia merupakan sekatan terbaharu Taliban ke atas hak dan kebebasan wanita Afghanistan setelah menghalang golongan itu mengembara, belajar dan bekerja sejak menawan semula negara itu pada Ogos 2021.
Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, Mohammad Sidik Akif Mahajar tidak memperincikan butiran mengenai larangan tersebut.Surat yang dikeluarkan kementerian bertarikh 24 Jun lalu memaklumkan pihaknya menyampaikan perintah lisan daripada pemimpin tertinggi, Hibatullah Akhundzada.
Larangan itu menyasarkan premis salun kecantikan yang beroperasi di Kabul dan wilayah lain di negara itu. Berdasarkan surat itu, pengusaha salun kecantikan di seluruh negara diberi notis sebulan untuk menghentikan operasi perniagaaan mereka. Selepas tempoh itu, para pengusaha perlu menutup premis dan dikehendaki menyerahkan laporan mengenai penamatan perniagaan mereka.Surat itu dikeluarkan beberapa hari selepas Hibatullah mendakwa kerajaannya sudah mengambil langkah sewajarnya untuk memperbaiki kehidupan golongan wanita di Afghanistan. – AP
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Taliban bans beauty salons in AfghanistanSome Afghan women told Sputnik that they worked in beauty salons to provide for their families because their husbands were unemployed. theSun theSundaily taliban beauty saloon ban WorldNews
Read more »
Individu berpangkat Datuk didakwa tipu tawaran tender projek kerajaanIndividu berpangkat Datuk didakwa tipu tawaran tender projek kerajaan BERITA Mahkamah NASIONAL TERKINI
Read more »
Kerajaan sentiasa tinggikan syiar Islam, pertahan hak dan keadilan rakyat, kata PM | The Malaysian InsightAnwar Ibrahim berkata beliau akan menggunakan mandat dan amanah yang diberikan rakyat untuk tujuan tersebut.
Read more »
Mansuh tol Sungai Nyior tertakluk bawah kuasa Kerajaan PusatMansuh tol Sungai Nyior tertakluk bawah kuasa Kerajaan Pusat BERITA NASIONAL Politik TERKINI mansuh
Read more »