Suster Ngesot dan Jerangkung meriahkan pendakian pelumba LTdL ke Genting Highlands
GENTING HIGHLANDS: Peringkat kelima perlumbaan Le Tour de Langkawi 2023 yang berakhir di Genting Highlands pada hari ini bukan sahaja menjadi buruan pelumba untuk mencabar jersi hijau, pendahulu keseluruhan namun turut menjadi tumpuan dengan kehadiran penyokong basikal tempatan yang tampil memakai busana pelik sepanjang pendakian ke puncak itu.
Antara busana pelik yang disarung kumpulan peminat tempatan ini antaranya maskot penguin, hantu jerangkung, dinosaur T-Rex serta watak filem seram Indonesia, Suster Ngesot dan pelbagai lagi yang turut sama memberikan kata-kata sokongan kepada semua pelumba sepanjang jalan pendakian ke puncak Genting Highland, yang dikelaskan sebagai Hors Categorie untuk saingan ini.
Untuk rekod, Genting Highlands pernah tersisih selama empat edisi daripada saingan LTdL sebelum ia dikembalikan semula pada 2019. Juara perlumbaan peringkat kelima LTdL 2023 hari ini milik pelumba EF Education-Easypost, Simon Carr yang turut merampas jersi hijau, pendahulu keseluruhan. Simon Pellaud kekal menyarung jersi bintik merah, Raja Bukit, sementara rakan sepasukan, Arvid De Kleijn mengekalkan penguasaan jersi jingga, Raja Pecut sejak peringkat pertama.Malaysia masih boleh berbangga apabila pelumba skuad kebangsaan, Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri dinobatkan sebagai pelumba terbaik negara untuk peringkat ini setelah menghabiskan perlumbaan di tangga ke 33 keseluruhan.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Giant Cycling tetap berlumba di LTdL 2023Giant Cycling Team tidak akan menarik diri daripada perlumbaan LTdL 2023 biarpun tiga pelumbanya terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Read more »
Three LTdL riders escape serious injuries after team van turns turtle in K'tanBALING: A van carrying the three Giant Cycling Team riders was involved in an accident during Stage Three of the Le Tour de Langkawi (LTdL) from Jeli, Kelantan to Baling, Kedah on Monday (Sept 25).
Read more »
Babor lakar sejarah, Jackson rampas jersi hijau LTdL 2023Pelumba pasukan Caja Rural, Daniel Babor mencipta kejutan menjuarai peringkat keempat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023
Read more »
LTdL 2023: Babor menang peringkat keempat pada penampilan sulungIPOH: Pelumba Republik Czech Daniel Babor dari pasukan Caja Rural-Seguros RGA mengungguli perlumbaan peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023...
Read more »
Genting Highlands jadi penentu kejuaraan LTdL 2023Peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang akan berakhir di puncak Genting Highlands hari ini dijangka menentukan pemilik jersi
Read more »
Genting Highlands jadi penentu kejuaraan LTdL 2023Penamat peringkat kelima perlumbaan LTdL 2023 yang akan berakhir di puncak Genting Highlands dijangka akan menentukan pemilik jersi hijau.
Read more »