TAHNIAH Shereen dan Umar raih emas acara 400 meter. malaysia sukansea kbs msn isn
PHNOM PENH: Malaysia berjaya mendominasi acara 400 meter apabila meraih pingat emas dalam kategori lelaki dan wanita di Sukan SEA Kemboja 2023, sebentar tadi.
Pelari sensasi 400 meter wanita negara, Shereen Samson Vallabouy menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara itu. Shereen yang merupakan pemegang rekod kebangsaan meraih emas selepas mencatat masa 52.53 saat untuk menewaskan dua pelari Vietnam, Nguyen Thi Huyen ditempat kedua manakala Nguyen Thi Hang ketiga.
Dalam pada itu, Umar Osman turut mencipta sensasi menyumbang emas dalam acara sama selepas mencatat masa 46.34 s mengatasi dua pelari Filipina, Umajesty Wesley Lachica Williams 46.52 s untuk meraih perak, sementara gangsa milik Frederick Cabatu Ramirez .-UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sukan SEA: Malaysia gagal pertahan emas kriketKemboja yang tampil dengan skuad terkuat dengan khidmat pemain import dari India dan Pakistan, berjaya melakukan 334 larian dalam 50 over pada 'inning' pertama.
Read more »
Sukan SEA: Indonesia rampas emas hoki dalam dewanKealpaan ketika tempoh permainan berbaki tiga minit membawa padah buat anak buah Mohd. Hanip Che Halim apabila Indonesia menjaringkan tiga gol pantas yang bermula dengan jaringan Muhammad Firdaus pada minit ke-37.
Read more »
Sukan SEA: Pasangan kembar butirkan emas kelima MalaysiaPasangan kembar itu mengutip 9.945 mata untuk menewaskan lawan dari Filipina yang juga pasangan adik beradik, Al Faujan Esmael dan Al Mohaidib yang mengumpul 9.885 mata.
Read more »
Sukan SEA: Hoki dalam dewan wanita turut kempunan emasDalam penentuan shoot-out, Iren Hussin dan Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun gagal menyudahkan pukulan masing-masing sekali gus menyaksikan gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi skuad negara pada 2019 di Filipina.
Read more »
Grace pecah rekod Sukan SEA untuk bawa pulang emasAtlet baling tukul besi negara, Grace Wong berjaya meraih pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, yang juga pingat emas ketujuh kontinjen negara di temasya sukan dwitahunan ini.
Read more »
Terjun buka tirai dengan dua emas di Sukan SEA Kemboja 2023Atlet terjun negara, Kimberly Bong dinobatkan sebagai pemenang pingat emas selepas memungut 276.3 mata keseluruhan.
Read more »