ST12 perlu minta izin sebelum bawa lagu saya - Charly Van Houten
KUALA LUMPUR: Vokalis Setia Band, Charly Van Houten menegaskan kumpulan ST12 perlu meminta kebenarannya sebelum membawakan mana-mana lagu yang dihasilkannya ketika bersama band tersebut dahulu.
“Saya harus tegaskan bahawa yang sebetulnya ST12 yang perlu meminta izin untuk membawakan lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan sewaktu bersama band tersebut kerana hampir 99 peratus lagu-lagu itu adalah kepunyaan saya. “Jadi, tidak timbul sebarang isu kalau saya mahu bawakan lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan bersama ST12 dahulu kerana itu hak saya. Persoalan ini sebenarnya perlu diajukan kepada ST12,” katanya dalam sidang media.
“Setakat ini belum ada mana-mana pihak ST12 yang menghubungi saya untuk meminta keizinan . Terus terang saya katakan, saya berharap mereka tidak membawakan lagu-lagu saya.