Skuad muda negara disekat Thailand 0-3 di suku akhir BAJC 2023 Badminton SUKAN TERKINI
PETALING JAYA: Harapan skuad badminton negara untuk mara lebih jauh dalam acara berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 di Jogjakarta, Indonesia tidak kesampaian apabila disekat penyandang juara, Thailand dengan keputusan 0-3 di peringkat suku akhir hari ini.
Wakil pertama Malaysia yang turun ke gelanggang, Low Han Chen-Chong Jie Yu yang beraksi dalam acara beregu lelaki akur tunduk kepada pasangan Thailand, Tanakorn Meechai-Fungfa Korpthammakit dengan keputusan 20-22, 16-21. Harapan negara menerusi perseorangan lelaki, Eogene Ewe untuk menyamakan kedudukan juga tidak kesampaian apabila tewas kepada Wongsup Wongsup-in 21-17, 17-21, 17-21 selepas bertarung selama 57 minit.
Perseorangan wanita negara, Ung Yi Xing cuba untuk menghidupkan peluang buat Malaysia namun Saraporn Sombutwatthannanukool terlalu ampuh sekaligus menunjukkan jalan keluar buat Malaysia dengan keputusan 15-21, 9-21. Thailand akan berentap dengan Indonesia di peringkat separuh akhir esok, sementara skuad negara masih mempunyai peluang untuk menebus kekalahan ini menjelang acara individu yang akan bermula 12 Julai ini.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Skuad muda negara sahkan tempat ke suku akhir BAJC 2023Skuad muda negara menepati ramalan untuk mara ke peringkat suku akhir acara berpasukan Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2023.
Read more »
Malaysia sedia gempur Thailand di suku akhir BAJC 2023Skuad badminton muda negara tidak gentar apabila diundi dengan penyandang juara, Thailand menjelang aksi suku akhir berpasukan campuran BAJC.
Read more »
Pemain pilihan tepati ramalan mara ke final Kejohanan Badminton Kebangsaan 2023Perebutan untuk bergelar pemain No. 1 Malaysia semakin menarik apabila beberapa pemain pilihan mara ke perlawanan akhir Kejohanan Kebangsaan.
Read more »
Suami, isteri ungguli L' Etape Malaysia 2023Bekas pemenang pingat emas Sukan Olimpik London 2012 dalam acara mendayung berpasukan, Matthew Brittain muncul
Read more »
Gerakan to see 4-cornered fight for president’s post | The Malaysian InsightParty members to vote on July 15 to pick 2023-2026 term office bearers.
Read more »
Bank Negara retains 2023 GDP growth projection at 4-5%KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) is still maintaining its forecast for the country's gross domestic product (GDP) growth this year at between 4.0 per cent and 5.0 per cent, said newly-appointed governor Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
Read more »