Kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi mengatasi masalah kekurangan beras tempatan yang menjadi kebimbangan rakyat ketika ini.
Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan , Pasir Salak Bangkit yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan di atas keadaan ini seperti kegiatan menyorok beras.
“Apabila beras kurang di pasaran, ini menyebabkan harganya naik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Penyerahan Bantuan Beras Anjuran Pasir Salak Bangkit 2023 di sini hari ini. Katanya, kawasan-kawasan yang dahulunya tanah sawah kini ditukar kepada kawasan tanaman kelapa sawit. “Pejabat Tanah kena memantau tanah-tanah sawah ini, jangan bertukar menjadi kebun kelapa sawit, taman perumahan, tapak kilang dan sebagainya. Ini akan mengurangkan jumlah tanah yang boleh diguna untuk tanaman padi,” katanya.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kerajaan tolak cadangan naikkan harga siling beras putih tempatanSeorang ahli perniagaan terkenal berkata pengilang kurang berminat mahu mengeluarkan beras tempatan kerana harga siling yang rendah.
Read more »
Kerajaan Sabah komited noktahkan kemiskinanKerajaan negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) sedang menyusun dan akan melaksanakan program-program untuk menoktahkan
Read more »
Kawal penuh barang keperluan asas, Pemuda Umno beritahu kerajaanKetuanya Dr Akmal Saleh berkata kawalan dan pengurusan barang makanan asas perlu dilakukan kerajaan, bukan pihak swasta.
Read more »
Premis kerajaan dicadang guna beras import subsidi, kata Mat SabuMenteri pertanian dan keterjaminan makanan berkata langkah itu bagi menambah bekalan beras tempatan dalam pasaran.
Read more »