'Implikasinya besar kepada kerajaan negeri dan juga portfolio jawatankuasa kewangan, tanah dan hasil bumi' Selangor
SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan didakwa tidak melantik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor untuk menganggotai Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang akan ditubuhkan.
Perkara itu dimaklumkan Muhammad Sanusi apabila beliau tidak menerima sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut kerana ketiadaan wakil dari negeri jelapang padi itu menyukarkan penyaluran maklumat hal ehwal kewangannya. “Tindakan tersebut walaupun tidak boleh dibuktikan , tetapi perlu diuar-uarkan supaya tidak berlaku. Saya bercakap sebelum benda itu berlaku, orang akan bercakap mana ada bukti.. tetapi kalau ada bukti ia sudah pun jadi.
“Jadi saya kena cakap sebelum masalah itu berlaku. Implikasinya besar kepada kerajaan negeri dan juga portfolio jawatankuasa kewangan, tanah dan hasil bumi. Jadi bila tidak mewakili negeri ke mesyuarat tersebut, seolah-olah Kedah tidak mendapat wakil yang sebenarnya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Anak Kedah Di Perantauan, di sini, hari ini.
Tambahnya, beliau tidak bersetuju jika Setiausaha Kerajaan Negeri dilantik untuk menganggotai Mesyuarat Majlis Kewangan Negara dan menyifatkan situasi tersebut sebagai janggal jika benar.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
BN, Pakatan Kedah bentuk Majlis Pimpinan Perpaduan hadapi PRN, kata Mahdzir | The Malaysian InsightPengerusi BN Kedah itu berkata kedua-dua parti setuju wujudkan empat jawatankuasa di bawah majlis tersebut.
Read more »
Majlis berbuka puasa bersama ODS, komunitiKetua pusat itu, Penguasa Penjara (PP) Abdul Ghani Md. Isa berkata, seramai 40 ODS sebelum dibebaskan mengambil bahagian Khatam al-Quran yang turut disaksikan oleh Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Negeri Kedah, Abdul Kadir Jailani Ismail.
Read more »
Johari beri amaran usah guna simpanan KWSP untuk sokong pinjamanBekas menteri kewangan kedua itu berkata, peminjam mungkin dibebani bayaran faedah pinjaman.
Read more »
Cuepacs cadang gaji diawalkan 14 AprilCuepacs berharap pembayaran gaji awal turut melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700.
Read more »
Kedah tempang jumpa JDTSudahlah bakal berdepan pasukan terkuat Liga Super, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa menghadap Johor Darul Ta’zim (JDT)
Read more »