RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dibentang di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2023 antara lain menetapkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan melibatkan persembahan seksual kanak-kanak.
Selain itu bagi perkara melibatkan pemerasan seksual kanak-kanak seperti mengugut melakukan aktiviti bersifat seksual, mengugut mereka untuk berkongsi apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis, individu berkenaan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun jika disabitkan. Ia bertujuan memasukkan peruntukan yang membolehkan mahkamah melarang apa-apa soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak semasa pendengaran khas seperti yang bersifat memperdayakan atau mengelirukan, menghina, menakut-nakutkan, mengaibkan, mengganggu, menggusarkan, menyinggung, menindas atau mengulang secara tidak perlu.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan hari ini, Azalina memaklumkan pindaan kedua-dua akta itu adalah usaha pindaan fasa pertama berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, susulan sesi libat urus Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dengan pelbagai pemegang taruh. “Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 pula yang memperuntukkan perkara berhubung keterangan saksi kanak-kanak, berkuat kuasa sejak tahun 2007 dan tidak pernah dipinda selama 16 tahun, kini wajar dipinda sejajar dengan perkembangan semasa,” katanya.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mahkamah Tinggi ada kuasa arah kanak-kanak jalani ujian paterniti | The Malaysian InsightPada 2021 Mahkamah Tinggi memerintahkan ujian DNA dijalankan ke atas kanak-kanak itu dengan alasan mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintahkan ujian sedemikian.
Read more »
Kanak-kanak enam tahun dipercayai didera bapa tiriKanak-kanak enam tahun dipercayai didera bapa tiri
Read more »
Pekerja kebajikan sokong RUU lindungi warga emas diabai anak | The Malaysian InsightKes anak-anak mengabaikan ibu bapa meningkat saban tahun, memberi tekanan kepada rumah kebajikan orang tua.
Read more »