Rundingan kerusi Pakatan, BN masih terbuka, kata Salahuddin
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata biasanya kerusi dimenangi parti yang bertanding pada PRU14 tidak disentuh, namun begitu ia terbuka kepada perbincangan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 April, 2023.
RUNDINGAN kerusi Dewan Undangan Negeri di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri masih terbuka meskipun Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bersetuju penyandang pada Pilihan Raya Umum ke-14 kekal bertanding di kerusi masing-masing. Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata perkara seperti itu biasa berlaku dalam mana-mana proses pembahagian kerusi setiap kali menjelang pilihan raya.
“Secara umumnya kerusi yang dimenangi parti yang bertanding pada PRU14 biasanya tidak disentuh, namun begitu ia terbuka kepada perbincangan. Ia tidak dapat dielakkan kalau mereka mahu bincang tentang pembahagian kerusi, ia perkara biasa dalam mana-mana proses rundingan kerusi,” katanya. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra dan melancarkan Bazar Ramadan Rahmah dan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan Peringkat Negeri Sembilan di BRR Bandar Prima, Senawang di Seremban, hari ini.“Sama ada kita dapat atau tidak , terpulang pada hasil rundingan yang diadakan secara baik,” katanya.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
State polls: Pakatan, Barisan seat negotiations still open, says SalahuddinSEREMBAN: Seat negotiations for the six state elections are still open even though Pakatan Harapan and Barisan Nasional have agreed that the incumbents in the 14th General Election (GE14) will be retained in their respective seats, said Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Read more »
PRN: Rundingan kerusi PH, BN masih terbukaProses perundingan di antara PH dan BN telah berjalan dengan baik dan keputusan dijangka akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Read more »
Salahuddin: No increase in meat pricesKUALA LUMPUR, April 10 — The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) has denied rumours of an increase in the price of imported meat in the market. Its Minister...
Read more »
Salahuddin: Domestic Trade Ministry probing tourist’s alleged RM120 haircut in Bukit BintangKUALA LUMPUR, April 11 — The Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) will look into a foreign tourist’s allegation that he was charged RM120 for a haircut in a...
Read more »
KPDN cadang wujud direktori peniaga tawar Menu Rahmah, kata Salahuddin | The Malaysian InsightBeliau berkata kementerian akan mengadakan libat urus dengan peniaga terlibat.
Read more »
Salahuddin: 901 registered Ramadan bazaar traders nationwide offer Menu Rahmah to dateSEREMBAN, April 11 — There are 901 Rahmah Ramadan Bazaar (BRR) traders who have registered with the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living to implement the Menu Rahmah...
Read more »