Ringgit susut berbanding dolar AS sejajar mata wang serantau
RINGGIT terus menyusut berbanding dolar AS hari ini seiring dengan mata wang Asia lain apabila dolar AS mencatatkan kenaikan semalaman berikutan jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi walaupun dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang agak lembap.
Pada 6 petang, ringgit diniagakan rendah pada 4.4565/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4480/4520 yang disaksikan semalam. Seorang peniaga berkata terdapat peningkatan permintaan terhadap dolar AS sebagai aset selamat berikutan kebimbangan yang diperbaharui ke atas sektor perbankan dan ekonomi Amerika Syarikat susulan rentetan pendapatan korporat termasuk data keyakinan pengguna yang lebih lemah daripada jangkaan, yang mengekalkan selera untuk kebanyakan aset dipacu risiko terhad minggu ini.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran juga kekal dalam mod berisiko berikutan pendapatan gergasi penghantaran AS, United Parcel Service mula mencerminkan penyusutan dalam logistik di negara tersebut dan mungkin di seluruh dunia. “Ini menjejaskan pengeksport Asia seperti Malaysia. Ringgit juga menerima kesan negatif daripada kejatuhan harga minyak memandangkan kurang permintaan daripada lori pengangkutan dan ini memberi kesan kepada harga diesel,” katanya kepada Bernama.Ia jatuh berbanding euro kepada 4.9209/9231 daripada 4.9061/9106, turun berbanding yen Jepun kepada 3.3397/3415 daripada 3.3231/3264 dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.5573/5597 daripada 5.5462/5512 sebelumnya.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS | The Malaysian InsightPada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4480/4520.
Read more »
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal | The Malaysian InsightPada 9 pagi, ringgit berada pada 4.4600/4670 berbanding dolar AS.
Read more »
Ringgit higher v dollar in early trade | The Malaysian InsightLocal note stands at 4.4260/4330 versus the greenback.
Read more »
Ringgit trims earlier gains to end lower against dollar | The Malaysian InsightMajor central banks remain vigilant in handling inflationary pressures.
Read more »
Ringgit weaker v dollar in early trade | The Malaysian InsightLocal note stands at 4.4600/4670 versus the greenback.
Read more »
Ringgit slips further against dollar in tandem with regional currencies | The Malaysian InsightGreenback stays firm after spiking higher on prospect of higher US interest rates.
Read more »