Bagi edisi pertama Anugerah Toilet Of The Year pada tahun 2023, terdapat lima kategori yang dipertandingkan termasuklah hotel dan restoran.
Buat julung kalinya, Anugerah Toilet Of The Year 2023 telah dianjurkan atas cetusan idea Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan sendiri iaitu Nga Kor Ming.
Memetik laporan Astro Awani, anugerah ini juga adalah sebagai langkah persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2025. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. Dalam satu sidang media, Nga memaklumkan bahawa pasaran industri peralatan tandas di seluruh dunia adalah sekitar RM80 bilion dan dijangka akan bertambah sehingga 7.6% setiap tahun.
Industri ini berkembang dengan sangat pesat susulan urbanisasi dunia dalam memperkenal kediaman pintar yang turut dilengkapi tandas pintar serta kesedaran dalam penjagaan tandas. Seperti di Korea ada COWAY, di Jepun pula ada Toto.