Raikan kepelbagaian bangsa dan agama, titah Sultan Mizan
“Pupuklah semangat ini dalam kalangan anak-anak kita agar kedamaian ini kekal pada masa akan datang. Hari raya boleh dijadikan sebagai medium untuk kita bersama-sama menghormati kewujudan kepelbagaian di negara ini dengan membuka pintu rumah, menerima kunjungan tetamu daripada pelbagai agama, kaum dan budaya,” titah baginda dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut hari ini.
Sultan Mizan bertitah kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi dapat mewujudkan kegembiraan sesama keluarga, sahabat handai dan jiran. Titah baginda, ia bertepatan dengan tujuan hari raya yang Allah S.W.T perintahkan kepada hambanya untuk diraikan dengan penuh rasa syukur dan gembira. Namun dalam berhari raya dan bersuka ria, Sultan Mizan bertitah supaya rakyat tidak melupakan golongan yang kurang berkemampuan dan mereka yang berada di pusat-pusat pemulihan serta kesihatan.
“Ambillah peluang ini untuk menyantuni mereka dan membantu sekadar kemampuan kita agar mereka turut sama merasakan kemeriahan hari raya. Semoga dengan bantuan kita dapat memberi sinar buat mereka untuk kuat berjuang mengharungi kehidupan ini,” titah Sultan Mizan sambil mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Terengganu. – Bernama, 22 April, 2023.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Istana Johor open house on second day of AidilfitriBased on an announcement on the Johor Sultan’s official Facebook page today, the event on the second day of Aidilfitri, is from 9 am-1 pm. theSun thesundaily IstanaJohor openhouse Aidilfitri
Read more »
Johor sultan grants audience to AnwarJOHOR BARU: Sultan of Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yesterday granted an audience to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim at Istana...
Read more »
Johor Sultan grants audience to AnwarJOHOR BARU: Sultan of Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar granted an audience to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim at Istana Bukit Serene here.
Read more »
Johor Sultan turns chauffeur to drive PM Anwar to airport after briefing on Malaysia’s developmentJOHOR BARU, April 20 — Johor Ruler Sultan Ibrahim Sultan Iskandar held an audience with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim at Istana Bukit Serene here today. Sultan Ibrahim...
Read more »