Polis turut merampas anak kunci loker, satu botol minyak, dua helai tuala dan wang tunai RM308.
PETALING JAYA: Sebuah pusat urut yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit di Taman Cahaya, di sini diserbu polis kelmarin.
Dalam serbuan pukul 3.45 petang itu, seorang lelaki berusia 22 tahun sebagai penjaga premis bersama lima wanita Indonesia dan seorang wanita warga China berusia antyara 40 tahun hingga 58 tahun diberkas. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis turut merampas anak kunci loker, satu botol minyak, dua helai tuala dan wang tunai RM308.
“Semakan ke atas tangkapan pertama sehingga keenam tiada sebarang rekod jenayah manakala ujian air kencing kesemua adalah negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 dan 1963 dan Peraturan 39 Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah dan bekerja tanpa permit sah.“Polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam apa apa perbuatan menjalankan premis dengan menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah dan bekerja tanpa permit yang sah,” jelasnya.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pusat pengundian ditutup, penjumlahan undi bermulaProses penjumlahan undi dijangka selesai seawal 8.30 malam.
Read more »
EdgeconneX yang berpangkalan di as bangunkan kampus pusat data 200MW di CyberjayaCYBERJAYA: Cyberview Sdn Bhd (Cyberview), pembangun hab teknologi telah memuktamadkan perjanjiannya dengan EdgeConneX, penyedia pusat data yang berpan...
Read more »
Dua pusat panggilan judi sasar mangsa dari Bangladesh diserbuKUALA LUMPUR: Dua premis yang dijadikan pusat panggilan untuk mempromosikan perjudian dalam talian dengan menyasarkan mangsa dari Bangladesh, diserbu ...
Read more »
Insiden kekerasan pengamal media: Polis minta masa jalankan siasatanTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay meminta diberi sedikit ruang dan masa untuk pihaknya menjalankan siasatan
Read more »