PRN: Tidak berlaku sebarang perubahan di peringkat pusat, kata Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kestabilan politik di peringkat pusat tidak akan tergugat walau apa jua keputusan PRN. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Julai, 2023.
KESTABILAN politik di peringkat pusat tidak akan tergugat kerana tidak akan ada perubahan yang berlaku di peringkat pusat walau apa jua keputusan Pilihan Raya Negeri di enam negeri, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital di Putrajaya hari ini, Fahmi berkata kestabilan politik adalah perkara asas yang membolehkan pelaburan masuk secara langsung untuk membantu pertumbuhan ekonomi.
“Asasnya adalah kestabilan politik. Itulah antara sebab walau apapun yang berlaku dalam PRN ini dan saya pun dapat laporan serba sedikit, PRN bukan Pilihan Raya Umum maka tidak akan berlaku sebarang perubahan di peringkat pusat,” katanya. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian ditetapkan pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. – Bernama, 31 Julai, 2023.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PRN: Kempen PRN Dominic di DUN Bayan Lepas hambarPRN: Kempen PRN Dominic di DUN Bayan Lepas hambar BERITA NASIONAL Politik TERKINI DUNBayanLepas
Read more »