PRN: PN kemuka 112 tawaran berjumlah RM2 bilion

Philippines News News

PRN: PN kemuka 112 tawaran berjumlah RM2 bilion
Philippines Latest News,Philippines Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 87 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 38%
  • Publisher: 51%

PRN: PN kemuka 112 tawaran berjumlah RM2 bilion BERITA NASIONAL Politik TERKINI PerikatanNasionalPN

SHAH ALAM: Perikatan Nasional menyediakan 112 tawaran dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai RM2 bilion melalui tujuh tunjang utama dan 25 pendekatan kepada pengundi Selangor bagi Pilihan Raya Negeri .

“Saya turun ke bawah dan mendapati ramai yang mengeluh mengenai kenaikan harga barang, perniagaan yang merosot, pendapatan yang tidak bertambah di samping tiadanya bantuan daripada kerajaan yang benar-benar dapat membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh rakyat dan perniagaan. Juga tidak ketinggalan adalah Bantuan Prihatin Nelayan Selangor berjumlah RM5 juta setahun melibatkan bantuan seperti enjin bot dan alatan akuakultur.

PN juga berhasrat menyediakan bantuan yuran pengasuhan kanak-kanak sebanyak RM150 sebulan untuk 50,000 kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan serta RM500 sebulan selama tiga bulan dalam Inisiatif Wanita Waja kepada wanita yang kehilangan suami sama ada berpisah atau kematian. Mewujudkan Hab Mega Makanan melalui insentif Dana Makanan Selangor bernilai RM150 juta bagi meningkatkan hasil pengeluaran, termasuk tanaman, ternakan dan perikanan berskala besar dan berteknologi tinggi untuk pasaran domestik dan antarabangsa

Memperkenalkan semula dan memperkasa Skim Mikro Kredit bagi mengupaya peniaga-peniaga kecil yang memerlukan modal perniagaan dengan dana pusingan berjumlah RM500 juta untuk manfaat 100,000 peniaga kecil Memperkenalkan skim EduStart Selangor dengan bantuan awal pengajian iaitu RM1,500 kepada semua pelajar tahun pertama anak Selangor yang akan mendaftar masuk ke IPT, manakala RM500 kepada semua pelajar baharu matrikulasi dan tingkatan enam.

Menawarkan insentif khas bagi sekolah tahfiz dan agama negeri untuk menyertai sistem kemahiran TVET dan memperkenalkan inisiatif Selangor Prihatin Anak Sekolah dengan bantuan tambang bas sekolah sebanyak RM100 sebulan kepada 20,000 anak Selangor melalui kerjasama pengusaha bas sedia ada.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Philippines Latest News, Philippines Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

PRN: Black Hanifah muncul di Sungai Air TawarPRN: Black Hanifah muncul di Sungai Air TawarPenyanyi popular, Black Hanifah membuat kemunculan dengan menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di DUN Sungai Air Tawar.
Read more »

PN beri tumpuan bidang ekonomi, pendidikan dalam manifesto PRN Negeri SembilanPN beri tumpuan bidang ekonomi, pendidikan dalam manifesto PRN Negeri SembilanPN beri tumpuan bidang ekonomi, pendidikan dalam manifesto PRN Negeri Sembilan BERITA NASIONAL Politik TERKINI PRN
Read more »



Render Time: 2025-03-10 14:07:15