PRN: PDRM kenal pasti 190 kawasan panas di 6 negeri
POLIS telah mengenal pasti 190 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di enam negeri terlibat dengan Pilihan Raya Negeri , kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata daripada jumlah itu, Selangor memiliki kawasan panas tertinggi iaitu sebanyak 70 lokasi, diikuti Terengganu , Kedah , Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing 16, serta dua lokasi di Pulau Pinang. Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas program lawatan hospital sempena peringatan Hari Polis ke-216 2023 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Cheras hari ini, beliau berkata lokasi berkenaan dikategorikan sebagai kawasan panas kerana dilihat berpotensi untuk tercetusnya provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Justeru bagi memastikan kelancaran PRN, beliau berkata polis melancarkan Op PRN 6N yang akan memfokuskan kepada aspek keselamatan pengundi, tempat pengundian dan tempat penjumlahan undi. Acryl Sani berkata bagi pengundian awal di enam negeri tersebut, ia akan membabitkan 93,833 warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia . – Bernama, 13 Jun, 2023.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
MCA tunggu rundingan kerusi PRN selesai sebelum atur gerak jentera | The Malaysian InsightWee berkata mana-mana parti juga tidak boleh syok sendiri dan menganggap sesetengah kawasan merupakan milik mereka sebelum rundingan dimuktamadkan.
Read more »
PRN: Rundingan agihan kerusi PN di Pulau Pinang 95 peratus selesaiPRN: Rundingan agihan kerusi PN di Pulau Pinang 95 peratus selesai BERITA NASIONAL Politik TERKINI Gerakan
Read more »
PRN: MCA tunggu selesai bahagi kerusi baru susun jenteraPRN: MCA tunggu selesai bahagi kerusi baru susun jentera BERITA NASIONAL Politik MCAsusunjenteraselepasagihkerusi
Read more »
Gerakan mahu tanding 13 kerusi PRN Pulau Pinang | The Malaysian InsightAntara yang akan ditandingi parti itu ialah Pulau Tikus, Pantai Jerejak, Kebun Bunga, Padang Kota, Batu Lanchang manakala 8 lagi akan diputuskan kemudian.
Read more »
PRN: Parti politik manfaatkan media sosial dekati orang muda | The Malaysian InsightPelbagai platform digunakan untuk menyampaikan mesej kepada kelompok sasaran mereka melalui Tik Tok, Instagram, Twitter dan Facebook.
Read more »