PRN: Gelombang PN sangat positif hanya sekadar kenyataan politik – Anwar BERITA NASIONAL Politik TERKINI anwar
BUTTERWORTH: Pengerusi Pakatan Harapan , Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kononnya sambutan penyokong terhadap Perikatan Nasional di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri sehingga kini sangat positif tidak lebih sekadar kenyataan politik.
Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, beliau sendiri turut menerima sambutan luar biasa daripada rakyat ketika turun berkempen di Kedah, semalam. “Tak mengapalah, itu kenyataan politik, saya di Kedah semalam, sambutan luar biasa baik. Kita tak boleh nafikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum ini, Takiyuddin dilaporkan media berkata, gelombang PN di enam negeri memberi isyarat jelas Kerajaan Perpaduan akan turun takhta pemerintahan pada ‘Ogos’ nanti. Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau yakin pada akhirnya rakyat akan memilih politik yang stabil dan yang menolak pandangan pelampau serta ekstrem selain gabungan politik yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PRN: `Gelombang hijau menurun, Mahfuz kena kerja kuat sikit lagi'“Saya lihat peluangnya adalah 51/49 antara Mahfuz dan pencabarnya, Mohd. Radhi Mat Din (Perikatan Nasional). Ada sedikit kelebihan...
Read more »
PRN penanda aras penerimaan kerajaan AnwarPRN ini boleh dianggap penanda aras penerimaan kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Read more »
PRN: Insiden ‘dihalau’, Dominic tidak berkecil hatiPRN: Insiden ‘dihalau’, Dominic tidak berkecil hati Video
Read more »
PRN: Calon, petugas guna pelitup muka jika ada gejala influenza | The Malaysian InsightMenteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pemakaian pelitup muka semasa berkempen dapat mengekang penularan penyakit berjangkit berkenaan.
Read more »