PRN: 38,926 tentera darat mengundi awal BERITA NASIONAL Politik TERKINI PRN
PORT DICKSON: Seramai 38,926 pegawai dan anggota tentera darat serta pasangan terlibat mengundi awal di kesemua enam buah negeri yang menjalankan Pilihan Raya Negeri Ke-15 ketika ini.
Panglima Medan Barat, Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, proses mengundi awal berjalan lancar dan tidak banyak perbezaan seperti proses pilihan raya sebelum ini. “Kali ini hanya melibatkan enam negeri, prosedur dan proses juga berjalan dengan lancar. Proses jadi mudah sebab kami dalam satu organisasi, proses itu kami lakukan dalam kumpulan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat dan melihat proses pengundian di Pusat Mengundi Pusat Latihan Asas Tentera Darat bagi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di sini hari ini. Tambahnya, terdahulu beliau turut melawat lima pusat mengundi awal yang lain iaitu di Kem Sungai Buloh, Kem Tun Ibrahim, Kem Rasah, Kem Senawang dan Kem Gemas.-UTUSAN.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PRN: Polis pantau aktiviti judi babitkan keputusan PRN Pulau PinangPRN: Polis pantau aktiviti judi babitkan keputusan PRN Pulau Pinang BERITA Jenayah NASIONAL Politik TERKINI
Read more »
Model politik kerajaan perpaduan mampu ubah landskap PRN 6 negeriNaib Presiden Amanah Adly Zahari berkata model politik PH-BN akan membawa keputusan PRN jauh berbeza berbanding PRU15.
Read more »
PRN: PM minta rakyat percaya pada Kerajaan Perpaduan“Percayalah bahawa hanya gabungan perpaduan ini yang benar-benar memahami serta serius terhadap setiap permasalahan yang merundung rakyat
Read more »
PRN: BN-PH kemukakan tawaran terbaik untuk rakyat KelantanKOTA BHARU: Tawaran yang dikemukakan oleh Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) untuk rakyat Kelantan sempena pilihan raya negeri (PRN) kali disifatkan cukup baik dan perlu diterima dengan memberikan kemenangan kepada gabungan itu pada 12 Ogos ini.
Read more »
PRN: Polis Kelantan terima empat laporan berkaitan kesalahan pilihan rayaKOTA BHARU: Polis Kelantan menerima empat laporan berkait salah laku Pilihan Raya Negeri (PRN) yang direkodkan sebaik sahaja proses penamaan calon selesai bermula 29 Julai lalu sehingga semalam.
Read more »