Polis berkata, suspek memukul dan menendang muka serta badan mangsa dalam kawasan sekolah.
Tangkap layar daripada video tular menunjukkan seorang pelajar lelaki dibawa mendapatkan rawatan dipercayai akibat dipukul.
PETALING JAYA: Polis menerima laporan seorang pelajar lelaki mendakwa dipukul dan ditendang dalam kawasan sebuah sekolah menengah di Kuala Nerus, Terengganu kira-kira 12.30 tengah hari Khamis lalu. Ketua Polis Kuala Terengganu, Abdul Rahim Md Din berkata pelajar Tingkatan Satu itu dalam laporannya mendakwa didatangi tiga pelajar lelaki di bengkel sekolah yang bertanyakan di mana rakan mangsa.“Pengadu kemudian memberitahu tidak pasti di mana kawannya berada dan meminta suspek beredar serta tidak memukul di kawasan sekolah,” katanya menurut Sinar Harian.Katanya, kejadian itu disedari guru yang terjumpa pengadu dalam bengkel sebelum membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Abdul Muie Ngah dilaporkan berkata seorang pelajar Tingkatan Satu mendakwa dipukul pelajar Tingkatan Dua sehingga sesak nafas di sebuah sekolah menengah di Kuala Nerus kelmarin. Beliau dipetik Sinar Harian berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian itu yang dikatakan berlaku dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan dan pelajar ingin pulang ke rumah.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pelajar tingkatan empat maut motosikal bertembung trak pikapPelajar sekolah maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah trak pikap dalam kejadian di Kilometer 3, Jalan Jelor-Wakaf Bunut
Read more »
JKN Sabah lapor polis, nafi rampas bayi di hospitalDr Asits Sanna berkata, JKN Sabah segera menyiasat susulan laporan sebuah portal berita semalam.
Read more »
16 laporan polis Himpunan Aman Selamatkan MalaysiaPDRM setakat ini menerima sebanyak 16 laporan polis berkaitan penganjuran Himpunan Aman Selamatkan Malaysia
Read more »
Aktivis Bersatu ditangkap akui dipanggil polis tapi tak hadirBadrul Hisham Shaharin beberapa kali dipanggil untuk rakaman percakapan tetapi gagal hadir membantu siasatan, menurut polis.
Read more »
Polis kesan waris mangsa kemalangan di Kuala AmpangKUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan waris seorang lelaki yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran perhentian bas ...
Read more »
Ibu Tiri & Bapa Kandung Dera Budak 6 Tahun Di Jempol Kini Ditahan PolisKanak-kanak berusia enam tahun itu didapati telah didera oleh ibu tiri dan bapa kandungnya sejak bulan Mac lalu.
Read more »