JASIN: Polis berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita disyaki cuba mencuri kabel selepas salah satu kereta yang dinaiki suspek terbabas dan mere...
: Polis berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita disyaki cuba mencuri kabel selepas salah satu kereta yang dinaiki suspek terbabas dan merempuh tembok Pusat Kegiatan Masyarakat Jabatan Kemajuan Masyarakat Jasin, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata semua suspek lelaki berusia antara 23 dan 33 tahun serta wanita berumur 42 tahun berasal dari Kajang, Selangor itu dikesan oleh pihak berkuasa semasa anggota polis sedang meronda di sekitar kawasan berkenaan. “Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi, pasukan ronda cegah jenayah Balai Polis Merlimau sedang melakukan rondaan apabila mendapati kabel Telekom Malaysia telah dipotong di tepi Jalan Melaka - Muar.
“Polis telah menghubungi juruteknik TM untuk mengesahkan kabel yang cuba dicuri itu adalah kabel milik TM tech talian bawah tanah bersaiz 400 pair, iaitu sepanjang kira-kira 175 meter dengan nilai kerugian akibat kerosakan dianggarkan RM30,000,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini. “Semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah. Kesemua mereka juga direman hingga 25 Sept bagi membantu siasatan, yang dibuat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan,“ katanya. -
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
3 beradik antara ditahan, polis rampas dadah RM200,000Mereka yang berusia antara 22 dan 36 tahun itu ditahan dalam empat serbuan di sekitar Johor Bahru semalam.
Read more »
Nahas 12 kenderaan Putrajaya: Polis hubungi waris untuk pengecaman, bedah siasatPolis sudah mempunyai maklumat mangsa termasuk alamat dan akan memaklumkan kepada waris mengikut kaedah ditetapkan.
Read more »
Rempuh maut 2 penunggang, polis siasat drebar lori mungkin ‘main’ telefonPolis berkata pemandu lori itu berpeluang memberhentikan kenderaannya sebelum merempuh beberapa kenderaan lain.
Read more »
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi pagi iniPolis sekali lagi akan mengambil kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini berkaitan dakwaan kenyataan berkaitan
Read more »
Dakwa ‘orang Melayu hilang kuasa’, polis rakam keterangan MuhyiddinPengerusi PN itu dikata mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramahnya dalam kempen PRK Simpang Jeram lalu.
Read more »