IPOH: Polis menyita 26 motosikal yang didapati diubah suai pemiliknya sehingga melanggar spesifikasi ditetapkan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di ...
: Polis menyita 26 motosikal yang didapati diubah suai pemiliknya sehingga melanggar spesifikasi ditetapkan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di sekitar Jalan Pasir Puteh dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata semua motosikal itu disita atas kesalahan berkaitan pengubahsuaian pelbagai aksesori atau struktur kenderaan di bawah Seksyen 64 Akta 1 Pengangkutan Jalan 1987 . Beliau berkata operasi itu turut menyaksikan empat individu ditahan atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan di bawah Seksyen 42 APJ 1987, dan polis turut mengeluarkan 257 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
“Seramai 110 individu berumur 14 hingga 36 tahun diperiksa dalam operasi itu, mereka termasuk pelajar sekolah menengah serta pelajar institusi awam dan swasta,” katanya dalam kenyataan di sini. Abang Zainal berkata polis akan terus menjalankan operasi bersepadu sebegini dari semasa ke semasa bagi memperkasakan lagi tindakan undang-undang terhadap sebarang jenayah termasuk samseng jalanan di daerah Ipoh.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis perlu lebih masa siasat keluarga suspek serang balai polis Ulu TiramJOHOR BAHRU: Polis memerlukan tempoh lebih panjang untuk melakukan siasatan lanjut dan menyeluruh terhadap insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, ...
Read more »
Susulan serangan Ulu Tiram: Polis perak tingkatkan kawalan di 16 ipd, 107 Balai PolisIPOH: Polis Perak mempertingkatkan kawalan keselamatan di 16 buah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (IPD) dan 107 balai polis di negeri itu susulan kejadi...
Read more »
Serangan balai polis Ulu Tiram gemparkan negara, tiga termasuk dua polis mautKUALA LUMPUR: Seluruh negara digemparkan dengan insiden serangan oleh seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) ke atas Balai P...
Read more »
2 Anggota Polis Maut & Seorang Cedera, Balai Polis Ulu Tiram DiserangSuspek yang memapakai topeng dan berpakaian gelap telah menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang pada jam 2.54 pagi tadi.
Read more »
Balai Polis Ulu Tiram Di Serang Lelaki Bertopeng, 2 Anggota Polis Dilaporkan TerkorbanMangsa ditetak di bahagian belakang leher dan kepala, manakala seorang lagi ditembak pada bahu dan perut.
Read more »
Padah buat aksi ‘superman’, polis tahan tiga mat rempitBUTTERWORTH: Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yan...
Read more »