Polis siasat video tular 2 lelaki hina Nabi Muhammad
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak beri keutamaan kepada perkembangan kes yang membabitkan amalan beragama di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Mac 2023.
KEMENTERIAN Dalam Negeri mengesahkan menerima laporan berhubung video tular dalam media sosial berkaitan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW. Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan kini sedang dilakukan Polis Diraja Malaysia. “Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, di Kajang, hari ini.Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 52 saat dalam media sosial memaparkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW. – Bernama, 21 Mac 2023.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
[VIDEO] Agong, Raja Permaisuri berangkat ke sambutan Hari Polis Ke-216KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke sambutan Hari Peringatan Polis Ke-216 pagi ini.
Read more »
Buang al-Quran: Polis selesai ambil keterangan 14 individu | The Malaysian InsightBuang al-Quran: Polis selesai ambil keterangan 14 individu
Read more »
Sebanyak 470,305 aduan diterima Polis Kuala Lumpur tahun laluKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, peningkatan jumlah aduan itu membuktikan satu penanda aras bahawa masyarakat sekarang berasa sangat senang dengan polis.
Read more »