Aksi solidariti tersebut dirancang berlangsung dari 10 malam 26 Disember hingga 31 Disember di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.
Setelah lebih 80 hari serangan oleh tentera Israel ke atas Palestin, gencatan senjata masih gagal dijalankan. Menurut sumber, jumlah terkini rakyat Palestin yang mati syahid dan hilang di Semenanjung Gaza adalah seramai 27,674 orang.
Dalam usaha untuk menuntut gencatan senjata, satu gabungan merangkumi sejumlah 48 badan bukan kerajaan , gerakan mahasiswa serta organisasi politik akan melancarkan aksi solidariti “Kepung Demi Palestin” pada jam 10 malam ini. Ia dirancang akan berjalan sehingga 31 Disember di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat.
Kuasa veto itu telah mensabotaj usaha untuk mencapai keamanan di Palestin dengan menghalang Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi gencatan senjata. Ia turut mendapat sokongan pelbagai parti politik iaitu Parti Ikatan Demokratik Malaysia , Parti Sosialis Malaysia , Parti Pejuang Tanahair , Pemuda PAS, Angkatan Muda Keadilan , Pemuda AMANAH, Pemuda Sosialis , Angkatan Bersatu Anak Muda dan Pemuda Sosialis DAP .
“Kami akan melakukan pengepungan di kawasan sekitar bangunan kedutaan. Tiada perarakan atau cubaan memasuki kedutaan akan dilakukan. Ia tidak akan mengganggu lalu lintas kenderaan dan orang ramai,” kata Chua. Walaupun ia dijalankan sehingga 31 Disember, namun mereka yang ingin menyertai piket tidak semestinya perlu berada di sana selama enam hari berturut-turut. Orang ramai boleh hadir pada bila-bila masa sepanjang aksi solidariti berlangsung.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
HSR: Keputusan Tun M, Muhyiddin batal saman 15 Disember iniKeputusan untuk menggantung dan membatalkan projek Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) tidak dibuat
Read more »
Permaisuri Agong dahului 97 penerima darjah, bintang kebesaran SelangorPengurniaan itu sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Read more »
– apa yang anda perlu tahu, panduan untuk pembeli Ativa baru dan terpakaiNak beli Perodua Ativa 2021-2023? Ini apa yang anda perlu tahu. Baca panduan untuk pembeli Ativa baru dan terpakai di sini 👇🏻
Read more »
Ekstremisme menyusup di media sosialEkstremisme menyusup di media sosial
Read more »
Ketumbit: Mitos dan FaktaMitos dan fakta mengenai ketumbit di kawasan mata
Read more »