Petronas teruskan cari gali di Laut China Selatan, kata Anwar
PETRONAS tetap akan meneruskan projek cari gali di kawasan Laut China Selatan walaupun ketika ini terdapat pertindihan tuntutan dengan China, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ini kerana Malaysia menganggap projek cari gali yang dilakukan ketika ini berada di dalam kawasan atau wilayah negara. “Bagaimanapun kalau negara China anggap ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan, tapi sementara itu, untuk usaha cari gali, kita akan teruskan. Saya tidak mahu elak daripada meneruskan rundingan, kerana ini pendirian Asean.
“Asean merasakan semua tuntutan bertindih harus diselesaikan secara rundingan, tapi setakat ini Malaysia bertegas bahawa ini adalah di kawasan atau wilayah Malaysia,” katanya pada sesi waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan Takiyuddin Hassan yang ingin tahu sama ada perdana menteri ada membincangkan isu berhubung keselamatan serantau dalam lawatan rasminya ke China baru-baru ini, terutamanya dengan kehadiran tentera laut China di Laut China Selatan. – Bernama, 4 April, 2023.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PM Anwar says Petronas project in South China Sea in Malaysian territoryKUALA LUMPUR, April 4 — Malaysia Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today said he had told China that an exploration project by state energy firm Petronas in the South China...
Read more »
Malaysia prepared to negotiate with China over the South China Sea dispute, says PM AnwarPUTRAJAYA, April 3 — Malaysia is prepared to negotiate with China over the South China Sea dispute, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. He said the issue was raised at...
Read more »
Anwar says Malaysia prepared to negotiate with China over South China Sea disputePUTRAJAYA: Malaysia is prepared to negotiate with China over the South China Sea dispute, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Read more »
PM Anwar to answer issues on vape, contract medical officers and China visit in Parliament todayKUALA LUMPUR, April 4 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim will respond to questions regarding liquid products used in electronic cigarettes or vape, as well as on the...
Read more »