William Gallas menjangkakan pertembungan antara dua bekas kelabnya, Chelsea dan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris hari ini
Gallas yang beraksi buat Chelsea pada 2001 hingga 2006 sebelum menyertai Arsenal menjangkakan kedua-dua kelab London itu akan bermain secara terbuka, menyerang satu sama lain, sekali gus menjanjikan permainan menarik di Stamford Bridge.
Begitupun Chelsea mempamer peningkatan sejak akhir-akhir ini dengan memenangi tiga perlawanan terakhir , termasuk membenam Burnley 4-1 dalam aksi terakhir liga, 7 Oktober lalu.“Saya dapat melihat gol yang banyak dalam perlawanan antara Chelsea dan Arsenal.“Chelsea juga turun dengan motivasi berbeza. Mereka sudah keciciran banyak mata di awal musim, jadi mereka terdesak untuk mencari mata dan akan menyerang Arsenal habis-habisan bagi mencari kemenangan.
Arsenal berdepan isu kecederaan yang lebih membimbangkan berbanding Chelsea dengan pemain sayap, Bukayo Sako masih diragui untuk diturunkan, begitu juga Leandro Trossard serta William Saliba .