Perantau Kelantan teruja dapat berbuka di kampung. kotabharu
Norfaizah Mahad, 32, berkata, dia dan suami Mohamad Hafiz Kamisan, 32, sanggup sanggup mengambil cuti bekerja selama empat hari semata-mata untuk menyambut Ramadan selepas tidak dapat berbuat demikian akibat serangan Covid-19 sebelum ini.
“Berbuka puasa di kampung dan bandar jauh bezanya. Di kampung suasanya lebih meriah dengan adanya keluarga, pada masa sama, pilihan pelbagai jenis makanan menambahkan lagi selera semasa berbuka. “Saya dan suami bekerja di Johor Bharu, jadi bila kami dapat cuti bersama tahun ini kami terus rancang balik ke kampung dan sambut Ramadan di Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita di pintu balai ketibaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kota Bharu di sini hari ini.
Terdahulu, Norfaizah dan suami Mohamad Hafiz antara penerima 1,000 bubur lambuk yang diagihkan Hotel Perdana Kota Bharu kepada penumpang yang tiba di LTSIP dan para petugas penerbangan. Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Perdana Kota Bharu, Mohd. Iqmal Muslim memberitahu, pembahagian bubur lambuk itu adalah kelainan yang dibuat pihaknya sebagai satu program tanggungjawab sosial korporat .
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemuda UMNO Kota Bharu desak guna Akta Perhimpunan Awam 2012 halang penganjuran ‘Thai Hot Guy’KOTA BHARU : Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu mendesak pihak berkuasa negara ini menggunakan Akta Perhimpunan Awam 2012 untuk mengalang penganjuran acara pembukaan bar menampilkan kumpulan ‘Thai Hot Guy’ yang bercanggah dengan budaya hidup rakyat Malaysia.
Read more »
Penjawat awam di Kelantan dapat bonus raya RM700Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sempena penutup pada penggal kelima, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim di sini semalam.
Read more »
Kelantan sudah dapat surat tawaran guna Zeon Zoysia'Dari segi perbelanjaannya adalah 50-50. Ia merujuk kepada separuh perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan negeri, manakala separuh lagi oleh KBS.'
Read more »
Anak Kelantan tidak pulang sambut RamadanGUA MUSANG: Permulaan Ramadan yang jatuh pada hari bekerja iaitu Rabu menyebabkan ramai anak Kelantan di perantauan membuat keputusan untuk tidak pulang berpuasa di kampung halaman sebagaimana kebiasaan yang dilakukan.
Read more »