Penuntut universiti hilang di Pantai Cherating ditemukan lemas
SEORANG pelajar universiti awam yang dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Cherating di Kuantan semalam, ditemukan lemas pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat Adam Ridhuan Abdul Rejab, 18, ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh sepasang suami isteri yang sedang beriadah di pantai itu pada pukul 7 pagi, kira-kira 8.6 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. Beliau dalam kenyataan di Kuantan berkata mayat telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat, dan ahli keluarga pelajar itu yang tiba di hospital berkenaan telah mengesahkan identiti mangsa.
Pelajar yang berasal dari Sri Kembangan, Selangor itu dilaporkan hilang sekitar 1.45 tengah hari semalam, semasa menyertai permainan membuat bulatan di dalam air kira-kira 300 meter dari pantai, apabila dia dilihat dibawa arus ke kawasan yang lebih dalam sebelum hilang dari pandangan. Arwah dikatakan ke pantai itu bersama 19 lagi rakannya untuk berkelah dan berehat.– Bernama, 8 Januari, 2023.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Penuntut UiTM Dungun dikhuatiri lemas di Pantai Cherating“Berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, ketika kejadian mereka sedang membuat permainan bulatan di dalam air sebelum datang ombak tinggi telah melanda kumpulan mereka.
Read more »
Penuntut UiTM Dungun dikhuatiri lemas di Pantai Cherating ditemukanMayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dengan memakai singlet berceloreng hijau dan seluar pendek hitam.
Read more »
Teenager feared drowned off Cherating Beach | The Malaysian InsightVictim’s friend says group separated by high waves while swimming.
Read more »
University student feared drowned in Cherating beachKUANTAN: A university student is missing and feared drowned during an outing with his friends at Pantai Cherating near here.
Read more »
Varsity student who went missing at Cherating beach found drownedKUANTAN: A university student who was reported missing while swimming at Cherating Beach on Saturday (Jan 7) was found drowned on Sunday (Jan 8). morning
Read more »
Stranded lifeboat at Pantai Trombol likely belongs to Chinese cargo shipEfforts to move the boat were made last night by the Maritime and police, but had to be postponed due to bad weather and rough seas. theSun theSundaily stranded lifeboat cargo Chinese
Read more »