SHAH ALAM: MCA Selangor kehilangan salah satu tonggak kekuatan mereka apabila Pengerusinya, Datuk Ng Chok Sin meninggal dunia, petang semalam.
Timbalan Pengerusi MCA Selangor, Tan Gim Tuan berkata, Chok Sin disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7 petang di salah sebuah pusat perubatan di Taman Desa, Kuala Lumpur.
“Keluarganya maklum pada saya bahawa mendiang pergi joging dalam pukul 5 petang di sekitar kawasan tempat tinggalnya di Taman OUG, Kuala Lumpur. Namun secara tiba-tiba, dia tersungkur dan ahli keluarganya terus membawanya ke pusat perubatan itu bagi mendapatkan rawatan segera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.
Menurutnya, Chok Sin, 55, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina, Sepang pada Khamis ini memandangkan beliau memang berasal dari Kampung Baru, Sungai Pelek. Menceritakan keperibadian mendiang, Gim Tuan berkata, beliau merupakan seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa komited ke atas tugas yang diberikan kepadanya.
“Buat sementara waktu ini, jawatan Pengerusi MCA Selangor akan dikosongkan sehingga kepimpinan MCA Pusat melantik ahli lain menjawat jawatan tersebut. MCA Selangor kehilangan seorang pemimpin yang sentiasa mengambil berat terhadap ahli serta rakyat Selangor,” katanya. – UTUSAN
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pengerusi MCA Selangor meninggal duniaNg Chok Sin dilaporkan meninggal dunia secara mengejut selepas melakukan aktiviti senaman pada petang tadi.
Read more »
Selangor MCA chief dies after physical exercisesParty leaders have expressed their shock at Ng Chok Sin’s passing and paid tribute to his contributions.
Read more »
Ceremony for paying last respects to Selangor MCA chairman todaySHAH ALAM: Those wishing to pay their last respects to Selangor MCA chairman Datuk Ng Chok Sin, 55, who died yesterday, can do so at his family home i...
Read more »
Sudden passing of Selangor MCA chairman Ng Chok Sin a shock to all in the party, says Dr WeePETALING JAYA: The sudden passing of Selangor MCA chairman Datuk Ng Chok Sin was unexpected, says MCA president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Read more »
Selangor ruler orders study on legislative assemblies’ competency to enact Islamic lawsSHAH ALAM: Selangor Ruler Sultan Sharafuddin Idris Shah has ordered the immediate establishment of a special committee to conduct an in-depth and crit...
Read more »
Sultan Selangor harap semua negeri dapat anggotai MKI secara rasmiSHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan harapan negeri-negeri yang masih belum menganggotai Majlis Kebangsaan Ba...
Read more »