KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mendatan...
: Seorang penganggur dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mendatangkan kecederaan, mengugut dan melakukan khianat terhadap tiga individu, dua bulan lepas.Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi tuduhan menyebabkan kecederaan, empat bulan penjara untuk kesalahan mengugut serta penjara setahun untuk tuduhan khianat dan memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 28 Feb lepas.
Tertuduh didakwa mencederakan penghantar makanan Shafik Ahmad Kassim, 27, dengan menumbuk dada mangsa pada 11.30 malam 21 Feb lepas di sebuah kondominium di Sentul di sini mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa mengugut Shafik Ahmad dan seorang warga emas Amatus Ombongod @ Vitus, 60, yang melihat kejadian itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Muhammad Azrol Hisyam juga didakwa menyebabkan kenderaan milik Wanazlina Idaham Merican, 53, kemik sehingga kerugian RM2,000 di lokasi dan pada masa yang sama mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham manakala tertuduh diwakili peguam Simret Singh dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan .
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Activpayroll strengthens presence in APAC with Kuala Lumpur Office to meet rising industry demandsActivpayroll has strengthened its position in Malaysia and is poised to tap into the growing Asia Pacific (APAC) payroll and HR outsourcing market with the opening of its new office in Kuala Lumpur.
Read more »
Tentang rakaman semula Hari Raya Di Kuala Lumpur oleh ButterfingersTentang rakaman semula Hari Raya Di Kuala Lumpur oleh Butterfingers
Read more »
Singer-Songwriter Chris James Is Bringing “Dopamine Overload Asia Tour” To Kuala LumpurMalaysia Latest News, Trends and Entertainment
Read more »
Study: Kuala Lumpur is 4th Best Destination in Asia for Remote Work, 22nd in the WorldKuala Lumpur has just been named the 4th best destination in Asia for remote work by the latest iteration of The Best Destinations for Remote Work rankings by
Read more »
Grand Hyatt Kuala Lumpur Launches #DinewithChef: A Global Culinary Celebration!DinewithChef event brings together Head Chefs from Grand Hyatt Kuala Lumpur, Park Hyatt Kuala Lumpur, and Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur.
Read more »
% ARABICA Buka 2 Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur% ΔRΔBICΔ telah mengumumkan pembukaan cawangan di The Exchange TRX dan juga Pavilion Damansara Heights.
Read more »