Pengampunan Najib: Tidak timbul perpecahan antara parti
JOHOR BAHRU: Keputusan UMNO untuk memohon pengampunan penuh bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diyakini tidak akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan perpaduan ketika ini.
“Saya rasa itu tidak akan menjejaskan hubungan antara parti dalam kerajaan, apa yang diputuskan ini adalah kehendak ahli parti yang mahukan keadilan dibuat oleh parti politik yang mereka dokong. “Selama ini UMNO juga tidak pernah meminta perkara sedemikian, sebaliknya UMNO yang seringkali mempertahankan institusi agama, bangsa dan diraja, dulu kini dan selamanya,” katanya ditemui selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Orang Muda Johor yang diadakan di PPR Seri Stulang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng.
“Saya mewakili anak muda memohon Yang di-Pertuan Agong agar dapat mempertimbangkan permohonan menghadap dibuat Presiden dan rakan-rakan MKT UMNO yang lain,” jelasnya.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pengampunan untuk Najib: Kerajaan serah kepada Agong, proses sewajarnyaMenteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pengampunan untuk Najib Razak tidak pernah dibincangkan dalam Jemaah Menteri.
Read more »
Pertimbangan pengampunan Najib bawah kuasa AgongAdalah terlalu awal untuk mengulas permohonan pengampunan Najib kerana baru kelmarin UMNO memohon Agong mempertimbangkannya.
Read more »
Kes lain Najib masih dibicara, sukar beri pengampunan dirajaBerbeza dengan situasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau diberikan pengampunan dahulu.
Read more »