Usaha pembinaan RMR dipergiat dan SPNB berjaya menyiapkan sebanyak 56,002 unit di seluruh negara, 5,007 unit masih lagi dalam pembinaan.
PUTRAJAYA: Kriteria utama bagi pendapatan bulanan seisi rumah yang layak untuk menjadi pemohon di bawah program Rumah Mesra Rakyat dinaikkan dari RM3,000 kepada RM5,000 untuk membuka lebih banyak peluang kepada rakyat.
“Sejak saya bertugas sebagai menteri di sini, iaitu selama empat bulan, SPNB telah pun menyiapkan 2,367 unit rumah. Pencapaian ini amat membanggakan. Jadi saya yakin SPNB akan terus menjayakan program-program yang dirancang. Jelasnya, sejak tahun 2002 sehingga Mac lalu, usaha pembinaan RMR dipergiat dan SPNB berjaya menyiapkan sebanyak 56,002 unit di seluruh negara, manakala 5,007 unit masih lagi dalam pembinaan dan 794 unit berada di peringkat perancangan.
“Walaupun negara berhadapan dengan peningkatan harga barang asas binaan yang tidak menentu, beberapa langkah proaktif diambil untuk memastikan harga sebuah unit RMR yang perlu dibayar oleh pemilik akan terus kekal seperti sebelum ini.