Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid FMTNews FMTBerita
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, berkata ada ‘pemegang amanah’ lama merasakan segala harta benda parti menjadi miliknya.
KUALA LUMPUR: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada bekas pemimpin bahagian melarikan “harta” dari pejabat parti selepas tumpas pada pemilihan lalu. Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan identiti bekas pemimpin bahagian terlibat, sambil menjelaskan perkara itu dimaklumkam ketua bahagian baharu.“Saya tahu pemberita tahu bahawa saya sangat telus dalam perkara ini. Tetapi, biarlah cukup saya beritahu terdapat perubahan apabila sesuatu jawatan dipegang tentunya pemegang jawatan lama yang menjadi pemegang amanah kepada pejabat lama, merasakan segala harta benda yang ada di pejabat itu milik dirinya.
“Maka, apabila yang pemimpin baharu datang mengambil alih jawatan, yang ada hanyalah pejabat kosong. Saya tidak mahu bercerita lebih panjang lagi, tetapi biarlah saya bercerita nanti di majlis bersesuaian,” katanya.Hadir sama pemimpin sayap Umno, Ketua Wanita Noraini Ahmad, Ketua Pemuda Akmal Saleh dan Ketua Puteri Nurul Amal Mohd Fauzi.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tiga pemimpin galas tanggungjawab terajui sayap UMNO SabahKetua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Ummi Nabilah Jamal dan calon berpotensi dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Sabah, Sufian Abdul Karim antara muka baharu yang akan menerajui pimpinan sayap parti di negeri…
Read more »
Umno negeri ambil alih pemilihan Umno Bahagian Johor Bharu, kata Khaled | The Malaysian InsightUmno negeri ambil alih pemilihan Umno Bahagian Johor Bharu, kata Khaled
Read more »
UMNO Johor kendali pemilihan semula UMNO Bahagian Johor BahruUMNO Johor kendali pemilihan semula UMNO Bahagian Johor Bahru
Read more »
Exco baharu Melaka 'cantik dan menarik', kata KM | The Malaysian InsightAb Rauf Yusoh berkata, ia akan diumumkan selepas mendapat persetujuan Ahmad Zahid Hamidi.
Read more »
Zahid approves RM1mil allocation for Perak schoolIPOH: Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has approved a RM1mil allocation to upgrade his alma mater, Sekolah Izzudin Shah
Read more »