Pembaharuan perlu masa, kerajaan elak kesilapan ICERD berulang, kata Anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu meneliti beberapa kaedah dan perkara dari segi perundangan sebelum melaksanakan agenda pembaharuan membabitkan isu hak asasi manusia yang sudah semestinya memerlukan masa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 April 2023.
KERAJAAN harus berhati-hati bagi mengelak daripada melakukan ‘kesilapan politik’ dalam melaksanakan agenda pembaharuan berkaitan isu hak asasi manusia, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan perlu meneliti beberapa kaedah dan perkara dari segi perundangan sebelum melaksanakan agenda pembaharuan membabitkan isu hak asasi manusia yang sudah semestinya memerlukan masa.
Justeru, perdana menteri menggesa kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia agar bersikap lebih objektif dalam melontarkan kritikan terhadap kerajaan berhubung pelaksanaan pembaharuan di negara ini.“Kami komited dalam memperjuang isu hak asasi manusia tetapi anda perlu berikan masa ,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah di Sungai Buloh hari ini.
Semalam, Suaram melontarkan kritikan terhadap Anwar dengan menyatakan bahawa beliau mungkin dilabel sebagai ‘perdana menteri Malaysia yang paling teruk’ jika tidak berusaha melaksanakan perubahan dan pindaan berkaitan agenda pembaharuan membabitkan isu hak asasi manusia. – Bernama, 28 April 2023.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pembaharuan hak asasi ‘perlahan’, Suaram bidas kerajaanKumpulan hak asasi manusia itu mengingatkan Putrajaya bahawa pentadbiran terdahulu menyelesaikan kerja asas memansuh atau meminda undang-undang zalim.
Read more »
Belajar dari kesilapan ICERD - PM“Kita telah melihat kesilapan ICERD, nak ketengahkan agenda, tapi anggap semua orang faham dan tidak menjelaskan kepada orang Melayu yang berpusat di kawasan luar bandar, penting mereka menyedari bahawa ini adalah kerajaan yang mesti mewakili semua rakyat.'
Read more »
Grading the upcoming state elections: Anwar’s passing marksAPRIL 27 — What is success for Anwar Ibrahim when Kelantan, Terengganu, Kedah, Penang, Selangor and Negeri Sembilan hold elections in less than three months? In politics,...
Read more »
No proof Raya open houses a waste of money, says Anwar’s aideKamil Munim says the opposition seems keen to criticise all the prime minister’s programmes.
Read more »