Kejadian pukul 9.50 malam itu menimpa mangsa berusia 15 tahun yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala. Selangor
SABAK BERNAM: Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna dinaiki sekumpulan penuntut politeknik di Jalan Parit Baru, Sungai Tengar di sini, malam tadi.
Kejadian pukul 9.50 malam itu menimpa mangsa berusia 15 tahun yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan awal mendapati pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah itu menunggang motosikal Yamaha Y100 dari arah Bagan Nakhoda Omar menuju ke Sabak.
“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. Pelajar itu kemudian melanggar bahagian kiri Perodua Alza dinaiki lima penuntut lelaki Politeknik Sungai Idris Shah ,” katanya ketika dihubungi hari ini.“Kemalangan itu turut menyebabkan pemandu dan penumpang berusia 21 serta 19 tahun cedera. Mereka dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
YBR sumbang RM80,000 kepada pelajar B40 UTeM, anak yatim, asnafSebanyak RM300 setiap seorang diberikan kepada 200 pelajar B40 UTeM dan 50 pelajar World Youth yang terdiri daripada anak yatim dan asnaf.
Read more »
Pelajar pelbagai kaum gotong-royong sedia bubur lambukPelajar pelbagai kaum gotong-royong sedia bubur lambuk
Read more »
Universiti ancam saman pelajar berhubung kenyataan ‘gangguan pilihan raya kampus’Universiti ancam saman pelajar berhubung kenyataan ‘gangguan pilihan raya kampus’ FMTNews FMTBerita
Read more »
Lelaki lemas di Sungai Semantan, dikejar orang awam kerana disyaki mencuriDalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, lelaki berkenaan bertindak nekad terjun ke dalam Sungai Semantan sebelum dipercayai lemas.
Read more »