PDRM beri kadar khas RM50 untuk saman trafik 2022 dan sebelumnya mulai 21 April 2023 selama sebulan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Polis Diraja Malaysia akan memberikan kadar khas bayaran saman mulai 21 April 2023 selama sebulan. Ia adalah bagi semua saman trafik PDRM yang dikeluarkan pada tahun 2022 dan sebelumnya.
Menurut Anwar, setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada 2023. “Walaupun begitu, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan. Maka, bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Aidilfitri ini, PDRM akan melaksanakan Op Lancar pada 18 dan 19 April ini dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan.
“Selanjutnya, Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April ini bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’. Bagi tujuan ini, PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk memastikan laluan-laluanseperti susur masuk dan keluar di plaza tol misalnya, tidak mengalami kesesakan lalu lintas,” katanya pada sidang media hari ini.
Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.
Philippines Latest News, Philippines Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tol dikecualikan 4 hari sempena AidilfitriPengecualian tol itu adalah dari 19 April hingga 21 April, dan pada 24 April.
Read more »
4 days of toll exemptions for RayaThe toll exemptions will be from April 19 to April 21, and on April 24.
Read more »
MOT umum larangan kenderaan barangan dari 20-21 April dan 24-25 April 2023 sempena Hari Raya Aidilfitri - paultan.orgKementerian Pengangkutan (MOT) telah mengeluarkan larangan kenderaan barangan (road-ban) berada di jalan raya khususnya lebuhraya sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut hujung minggu ini. Larangan ini akan dikuatkuasakan pada 20-21 April (sebelum perayaan) dan …
Read more »
PDRM laksana Ops Lancar pada 18-19 April dan Op Selamat 20 pada 20-27 April sempena Aidilfitri - paultan.orgPolis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melaksanakan Op Lancar dan Op Selamat 20 bagi memastikan kelancaran trafik serta penekanan pada pencegahan jenayah pecah rumah menjelang Aidilfitri. Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, …
Read more »
Lewat bayar gaji, pekerja belasah pengarah projekGaji sepatutnya dibayar pada 5 April tetapi atas masalah dalaman bayaran ditangguh kepada 18 April.
Read more »